Wednesday, 3 February 2016

Song Review: Berat by Mark Adam

Hai, assalamualaikum dan salam satu Malaysia!

Hari ni aku nak review satu lagu ni daripada seorang penyanyi lelaki bernama Mark Adam. For sure ada yang kenal dan ada yang tak kenal. So, aku perkenalkan sikit apa yang aku tahu fasal Mark Adam ni.

Tak, siapa kata aku nak perkenalkan ni? Hey, aku nak cerita pasal lagu dia ni. Antara lagu dia yang famous termasuklah Pencuri, Si Katak dan Marry me. Semua aku suka. Dan lagu terbaru dia iaitu Berat juga mencuri perhatian aku untuk turut ikut minat.

Korang boleh pergi SINI untuk mengetahui atau nak tahu (like seriously la korang takkan tak kenal mark adam) ni okay?




Berat by Mark Adam

Saat ku berjalan sepi
Dan menunggu akhirnya perjalanan ini
Ku putuskan untuk memutuskan
Cerita cinta kita akhirnya di sini

Takkan bisa menahan lagi
Tiba masanya ku pergi

Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu

Terus terang ku akui
Ku tak bisa menunggu sesaat pun lagi
Harap kau bisa mengerti
Cerita cinta kita akhirnya disini

Takkan bisa menahan lagi
Tiba masanya ku pergi

Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu

Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu

Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu




Okay, menurut aku lagu ni memang deep dan touching gila. Well, aku memang suka lagu yang memang ada maksud mendalam ni. Di tambah dengan music video dia pergh terbaik lah. Aku memang jenis layan lagu sendu macam ni janji touch jiwa aku la. Lol aku malu nak kata aku ni jenis jiwang.

Lagu ni kalau kau fahami maksud dia tak adalah asyik khusus kepada pasangan bercinta sahaja. Even tough dalam music video antara dia, isteri dan anak dia. Korang boleh bayangkan tentang ibu bapa korang yang memang sangat-sangat sayangkan korang.

Contoh! Kau ni perempuan dan of course setiap bapa ingin sangat menikahi anak perempuannya. Lagi la pula kau tu sorang aje anak perempuan yang dia ada. Sekali dia lafazkan untuk menikahi kau dengan pasangan kau, tempat kau dah bukan ada di sisi dia lagi. Semua tanggungjawab dia akan dilepaskan di bahu suami kau. Suami kau yang dipentingkan terutamanya. Bukan ibu kau, bukan ayah kau lagi.

Contoh lagi! Kau bayangkan, kawan rapat kau yang kau gila-gila sama-sama. Malam tu kau baru chat atau telefon berdua. Tetiba, esoknya kau bangun pagi dengan berita kawan kau tu dah tak ada. Sedih serious. Sakit kau rasa tu  tak sama dengan sakit putus cinta. Nak cari kawan yang sekepala, yang selalu ingatkan kita pada agama ni susah. Nak cari yang menangis bersama, senyum bersama. Susah sangat for nowadays. Then, hargailah kawan kau okay. Selagi dia masih ada bergelak ketawa dengan kau.

Melody dan lirik lagu sudah cukup untuk aku beri tahu yang Berat sangat perlu didengar. Supportlah sikit okay. Walaupun dia ni blur tapi comel kau faham.

Dah itu sahaja buat kali ni. Aku chaaww dulu la ya! Karangan tak siap lagi ni hahaha. 2 karangan beb. Apa benda la banyak sangat ni :')

Nah, korang boleh dengar dari sini juga okay! Hayati dan dalami. Ceh!


No comments:

Post a Comment

Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!

Search