Aku rasa belum terlewat lagi untuk aku post tentang drama yang satu ini. Drama yang bagi aku, yes dah nama pun drama mestilah ada over-over sikit. Klise-klise sikit. Hey, apa yang kau sekarang buat pun mungkin ramai lagi buat benda yang sama. Tapi, disebabkan kau tengok dalam TV dan ianya asyik ituuu aje so kau pun salahkan laa drama tu.
Relaks sikit. Jangan gelabah. Tak suka, tak payah tengok.
So, cerita ni menurut apa yang aku faham apabila dah tonton keseluruhan episode yang adanya hanya 28 episode. Sinopsis?
Cerita ni mengisahkan seorang wedding planner yang mendapat tugasan untuk menguruskan satu wedding ni. Satu hari, Mira Filzah which is heroin dalam cerita ni yang memainkan watak sebagai Zara Batrisya, tengah rushing dan boleh pula parking dia yang dia bayar tiap bulan or hari tu, dirembat oleh sang lelaki ni. Dia marah la! Lelaki itulah yang bernama Adi Putra, hero dan memainkan watak sebagai Fariz Adryan.
Jodoh diorang ni aku rasa panjang la kot sampaikan rupanya Fariz ni Angah kepada pengantin yang dia uruskan wedding tu. Makin panjanglah urusan dia. Di sebalik itu, Bazli ni yang pada mulanya hanya sekadar sepupu tetapi terbongkar yang diorang ni adik beradik. Yang harunya, Bazli ni dah lama jatuh cinta pada si Zara ni! Bagi menjaga Zara ni yang asyik kena ganggu dengan Bazli, Fariz pun masuk meminang Zara.
Di saat sedang menyulam cinta yang baru nak berputik, datanglah Shira yang merupakan kekasih lama si Fariz! Hah yang ni aku geramlah dengan perempuan psiko ni. Ergh, annoying gila! Tetap nak dapatkan Fariz even dah tahu Fariz dah ada keluarga. Sampai nak bercerai jugalah jadinya. Sebenarnya Shira atau Nadia ni (tapi sebenarnya dia Nadia) adalah kembar. Cuma Shira ni meninggal masa diorang kecil lagi.
Nadia ni tak boleh terima kenyataan so dia menjadikan diri dia juga sebagai Shira. Shira berani dan Nadia jenis yang lemah sikit. Okay, harap faham lah kan.
Yang aku suka sangat cerita ni sebab!!
First, ada Adi Putra. Like hello dia dah lama tak berlakon cerita cinta and tetiba ada. Omaigad aku histeria doh! Haha. lol.
Second, sebab tak ada touch scene. Oh, ini aku respect kat Mira Filzah yang dia berlakon tapi tak boleh ada touch scene. Uuuu, respek!
Third, aku suka gandingan diorang kot?
So ceritanya memang best gila. Memang recommended sangat! Hahaha. Sebab aku nak suruh korang tengok betapa handsomenya si Fariz Adryan ni haa. Hahahaha. Kay.
Nah, buat tatapan kau orang semua!
Okay, dah dah la tu ya. Penat aku mencari kat google. So, kepada pemilik gambar, saya izin minta share! Huhu.
Diorang ada buat tengok finale episode ramai ramai dengan peminat. Adi Putra baru balik umrah hokay! Damn he's very charming with that black jubah! Serious okay. Aku malas nak share nanti korang tergoda. lol haha okay. Boleh search kat instagram diorang okay!
Adi Putra : @adpadiputra
Mira Filzah : @mirafilzah_
Dah tu sahaja buat kali ni. Tundukkan playboy itu? Will see it kalau okay, aku review untuk korang maybe di akhir episode haha. But, hero dia aku suka. Hafidz Roshdi okay. huhu bye assalamualaikum!
nice review
ReplyDelete