Hi, assalamualaikum.
Yeah, hari ini hari jumaat yang barakah dan bapak aku baru sahaja balik dari solat jumaat. Harapnya kaum lelaki yang lain juga begitu.
Sekarang, aku nak review drama korea. Siapa peminat drama korea kat sini?
Ada ke?
Jujurnya, aku tak.
Aku bukan seorang peminat drama korea, lagikan k-pop. Running Man yang kelakar gila bak kata kawan-kawan aku lagilaah aku tak tengok!
Aku jenis kepada Hindustani sikit haha lol.
Tahu drama korea berjudul Emergency Couple? Aku tak tahulah dah berapa lama cerita ni tapi aku tetap nak review jugak! Ini drama korea yang pertama aku tengok and fav aku la kira. Lakonan Song Ji-Hyo, Choi Jin-Hyuk, Lee Pil-Mo. Genre drama ni romantic comedy/ medical drama.
Nah, aku bekalkan sikit gambar gambar buat tatapan kau orang semua. Huahua!
Dah-dah la tu buat apa aku bagi banyak-banyak. Yang nak aku tekankan di sini ialah betapa bijaknya para doktor sampaikan dia tengok aje pesakit tu aje dah tahu kat mana masalah dia. That's why doktor ni belajar seumur hidup! Hari-hari dia kena kaji benda baru dan berusaha mencari antidote yang bagus.
Okay, cerita ni si Ji-hyo ni dan Jin-hyuk ni dah kahwin sebelum ni. Kahwin muda la simple. Haa mak si Jin-hyuk ni tak suka dengan Ji-hyo. Mungkin sebab muda, tak dapat restu dan sebagainya perkahwinan mereka tak lama. Takdir menentukan mereka kembali dengan bekerja di satu tempat kerja iaitu menjadi doktor pelatih di hospital.
Hah! Jodoh tu tak lari ke mana kan? Haha. Okey. Ada pula doktor sorang ni iaitu Lee Pil-mo ni berkenan rasanya dengan si Ji -Hyo ni. Cuma tak nak mengaku. Mana taknya. Dengan muka ketat nan tak suka senyum dia tu mana la orang perasan dia suka ke tak ke. Aku minat dengan doktor nilah! Haha. Dia ingat dia buat muka, dia tak comel? lol. haha.
Cerita ni kelakar gila dan sweet ya ampun. Lawa gila hokey si Ji-hyo ni. Kau jangan nak gelakkan aku sangat. Aku dah kata aku tak layan semua yang berkenaan dengan korea ni. Yang penting cerita ni memang best. Siapa nak jadi doktor mohon tengok. Ia akan membuatkan semangat kau bertambah mendadak nak jadi doktor.
Sekian sahaja. Terima kasih kerana membaca entry aku ni. Bubbye! Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment
Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!