Assalamualaikum gais! Anak Pakcik Azwar kembali laagiii!
Eksited ke tidak dengan post terbaru ni? Aku nak ajak korang join sekali laa ni! Meh! Jemput!
Click banner woyy!
Macam-macam hadiah okay ada! Interesting sangat. Kau tunggu apa lagi?
Pergilah klik banner tu cepat! Simple, kan?
So, here the syarats! Huhu.
1. Buat satu entry - done
2. Tinggalkan link pada comment beserta dan nyatakan maxis/celcom/digi - done
3. Follow blog - all done!
4. Follow twitter - done!
5. Like fb page - i'm really sorry. Saya tak ada facebook.
6. Follow instagram - done!
Twitter : YaziidahAzwar
Instagram : yaziidahazwar
Tarikh mula : 26 February 2016
Tarikh tamat : 20 March 2016
Nota kaki // Dengan ucapan Bismillah harap saya menang dalam giveaway ini. Amin!
Aku rasa belum terlewat lagi untuk aku post tentang drama yang satu ini. Drama yang bagi aku, yes dah nama pun drama mestilah ada over-over sikit. Klise-klise sikit. Hey, apa yang kau sekarang buat pun mungkin ramai lagi buat benda yang sama. Tapi, disebabkan kau tengok dalam TV dan ianya asyik ituuu aje so kau pun salahkan laa drama tu.
Relaks sikit. Jangan gelabah. Tak suka, tak payah tengok.
So, cerita ni menurut apa yang aku faham apabila dah tonton keseluruhan episode yang adanya hanya 28 episode. Sinopsis?
Cerita ni mengisahkan seorang wedding planner yang mendapat tugasan untuk menguruskan satu wedding ni. Satu hari, Mira Filzah which is heroin dalam cerita ni yang memainkan watak sebagai Zara Batrisya, tengah rushing dan boleh pula parking dia yang dia bayar tiap bulan or hari tu, dirembat oleh sang lelaki ni. Dia marah la! Lelaki itulah yang bernama Adi Putra, hero dan memainkan watak sebagai Fariz Adryan.
Jodoh diorang ni aku rasa panjang la kot sampaikan rupanya Fariz ni Angah kepada pengantin yang dia uruskan wedding tu. Makin panjanglah urusan dia. Di sebalik itu, Bazli ni yang pada mulanya hanya sekadar sepupu tetapi terbongkar yang diorang ni adik beradik. Yang harunya, Bazli ni dah lama jatuh cinta pada si Zara ni! Bagi menjaga Zara ni yang asyik kena ganggu dengan Bazli, Fariz pun masuk meminang Zara.
Di saat sedang menyulam cinta yang baru nak berputik, datanglah Shira yang merupakan kekasih lama si Fariz! Hah yang ni aku geramlah dengan perempuan psiko ni. Ergh, annoying gila! Tetap nak dapatkan Fariz even dah tahu Fariz dah ada keluarga. Sampai nak bercerai jugalah jadinya. Sebenarnya Shira atau Nadia ni (tapi sebenarnya dia Nadia) adalah kembar. Cuma Shira ni meninggal masa diorang kecil lagi.
Nadia ni tak boleh terima kenyataan so dia menjadikan diri dia juga sebagai Shira. Shira berani dan Nadia jenis yang lemah sikit. Okay, harap faham lah kan.
Yang aku suka sangat cerita ni sebab!!
First, ada Adi Putra. Like hello dia dah lama tak berlakon cerita cinta and tetiba ada. Omaigad aku histeria doh! Haha. lol.
Second, sebab tak ada touch scene. Oh, ini aku respect kat Mira Filzah yang dia berlakon tapi tak boleh ada touch scene. Uuuu, respek!
Third, aku suka gandingan diorang kot?
So ceritanya memang best gila. Memang recommended sangat! Hahaha. Sebab aku nak suruh korang tengok betapa handsomenya si Fariz Adryan ni haa. Hahahaha. Kay.
Nah, buat tatapan kau orang semua!
Okay, dah dah la tu ya. Penat aku mencari kat google. So, kepada pemilik gambar, saya izin minta share! Huhu.
Diorang ada buat tengok finale episode ramai ramai dengan peminat. Adi Putra baru balik umrah hokay! Damn he's very charming with that black jubah! Serious okay. Aku malas nak share nanti korang tergoda. lol haha okay. Boleh search kat instagram diorang okay!
Adi Putra : @adpadiputra
Mira Filzah : @mirafilzah_
Dah tu sahaja buat kali ni. Tundukkan playboy itu? Will see it kalau okay, aku review untuk korang maybe di akhir episode haha. But, hero dia aku suka. Hafidz Roshdi okay. huhu bye assalamualaikum!
Yeah, hari ini hari jumaat yang barakah dan bapak aku baru sahaja balik dari solat jumaat. Harapnya kaum lelaki yang lain juga begitu.
Sekarang, aku nak review drama korea. Siapa peminat drama korea kat sini?
Ada ke?
Jujurnya, aku tak.
Aku bukan seorang peminat drama korea, lagikan k-pop. Running Man yang kelakar gila bak kata kawan-kawan aku lagilaah aku tak tengok!
Aku jenis kepada Hindustani sikit haha lol.
Tahu drama korea berjudul Emergency Couple? Aku tak tahulah dah berapa lama cerita ni tapi aku tetap nak review jugak! Ini drama korea yang pertama aku tengok and fav aku la kira. Lakonan Song Ji-Hyo, Choi Jin-Hyuk, Lee Pil-Mo. Genre drama ni romantic comedy/ medical drama.
Nah, aku bekalkan sikit gambar gambar buat tatapan kau orang semua. Huahua!
Dah-dah la tu buat apa aku bagi banyak-banyak. Yang nak aku tekankan di sini ialah betapa bijaknya para doktor sampaikan dia tengok aje pesakit tu aje dah tahu kat mana masalah dia. That's why doktor ni belajar seumur hidup! Hari-hari dia kena kaji benda baru dan berusaha mencari antidote yang bagus.
Okay, cerita ni si Ji-hyo ni dan Jin-hyuk ni dah kahwin sebelum ni. Kahwin muda la simple. Haa mak si Jin-hyuk ni tak suka dengan Ji-hyo. Mungkin sebab muda, tak dapat restu dan sebagainya perkahwinan mereka tak lama. Takdir menentukan mereka kembali dengan bekerja di satu tempat kerja iaitu menjadi doktor pelatih di hospital.
Hah! Jodoh tu tak lari ke mana kan? Haha. Okey. Ada pula doktor sorang ni iaitu Lee Pil-mo ni berkenan rasanya dengan si Ji -Hyo ni. Cuma tak nak mengaku. Mana taknya. Dengan muka ketat nan tak suka senyum dia tu mana la orang perasan dia suka ke tak ke. Aku minat dengan doktor nilah! Haha. Dia ingat dia buat muka, dia tak comel? lol. haha.
Cerita ni kelakar gila dan sweet ya ampun. Lawa gila hokey si Ji-hyo ni. Kau jangan nak gelakkan aku sangat. Aku dah kata aku tak layan semua yang berkenaan dengan korea ni. Yang penting cerita ni memang best. Siapa nak jadi doktor mohon tengok. Ia akan membuatkan semangat kau bertambah mendadak nak jadi doktor.
Sekian sahaja. Terima kasih kerana membaca entry aku ni. Bubbye! Assalamualaikum!
Yaa wahai rakyat jelata! Aku tahu kau orang dah tidur. Memandangkan dalam laptop aku jam menunjukkan pukul 12.25 tengah malam. Hey, aku memang seorang burung hantu. Tak hairan kalau belum tidur. Chill, malam masih muda! Okay, aku nak cerita something ni.
Aku baru tahu yang kalau nak guna blog skin tu kena convert ke classic template dulu baru boleh copy and paste daripada laman web blogskin tu hah. Lol yeah i'm newbie right so aku baru tahu ya baru tahu kau tak payah suka sangat yang aku ni old school ya. Berbalik kepada yang tadi. Patutlah aku copy and paste dekat html template biasa tu hah asyik error aje. Sakit hati mak tau! Derhaka punya anak buat mak sakit hati!
Pabila dah tahu, aku suka la apalagi. Gila tak, jelly okay tengok blog orang lain kemain lawa, comel, hipster gitu. Jelly gila okay. So, aku pun gigih laa mencari template mana yang sesuai dan aku suka. Okay, yang ini pun payah juga ya! Kau ingat aku main rembat je? Hello, aku pun ada taste. So, dalam 2 ke 3 hari jugaklah aku penat mengkopi pasta.
Dan akhirnya inilaahh yang aku dapat!
AKU PUAS HATI HAHAHAHAHA.
Setelah bersusah payah check satu-satu, pilih mana yang berkenan dan aku puas hati. Lantaklah kan. Ada yang aku tukar like background, header and gambar-gambar sikit. Tapi, aku masih credit ya! Awaaaaa kenapa lawa sangat buat skin ni? Hahaha okay.
Mungkin setakat ini sahaja yang aku nak cakap, kalau aku cakap banyak karang kau tutup telinga. Kuang hajo kau ni!
So, nasihat kepada newbie macam aku ni please please don't give up and keep trying!! Hahahaha.
Sebarang pertanyaan boleh tanya aku kat aku, aku sedia menjawab. Untuk kau apa yang tak boleh? Luls. Hahaha.
Dan satu yang aku tak puas hati. Cuti CNY dah nak haaabiisss :'( Kerja rumah banyak tak siap lagi uols. That's wy aku merana sekarang haha.
Nota kaki: Kat sini ada tempat exchange link blog so korang naak tak exchange dengan aku? Lol memintaaa. Hahaha, just inform kat shout box okay!
Yes, here we coomee! Siapa happy cuti seminggu sebab CNY? I am! (angkat tangan)
So, tengah saja-saja tekan-tekan search-search kat google. Terniat dalam hati aku untuk mencari novel-novel terpakai. Ya, novel terpakai. Banyak blog yang aku jumpa menawarkan diskaun yang banyaakkk sangaatt! Dah nama pun second hand kan. Ada yang bagi 75%, 50%, 20%.
Interesting? i know right!
Tujuan aku buat posting ni adalah untuk korang suggest kat mana nak cari novel-novel yang bagus even terpakai. Especially
BUKU FIXI
Gosh, aku mencari buku fixi terpakai RM 10 inluding postage tak jumpa weh! How sad am i!
Kalau korang ada juga buku fixi nak jual, roger aku. Kalau baaekkkk, aku ambil! Really looking for!
Tak sangka aku jumpa banyak perkara. Yes, buku fixi memang banyak bahasa lucah, 18's above, and banyak lagi keburukannya.
Tapi, kita kena pandang ke depan. Biarkan benda tu. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Same goes with kau tengok banyak cerita Inggeris. Kau tengok sebab idea interesting, power and at least boleh mempertingkatkan Bahasa Inggeris kau. YES! Memang membantu kalau kau serius dengan niat murni nan suci kau tu.
Tapi, kau dapat belajar banyak benda daripada benda ni. Plus, kau dapat knowledge yang kau akan cakap 'eh, asal aku baru tahu benda ni?' just like that. Haa, kau abaikan ajelah benda-benda yang tak elok tu. Kalau kau jenis kuat terpengaruh, insan yang lemah dan hati cepat sensitive, better kau tak payah baca.
Terpengaruh tu mungkin ada. Tapi, kau mesti boleh beza kan mana baik mana buruk.
SIMPLE.
So, berbalik kepada tajuk aku.
Kalau kau tahu ada orang yang jual buku second hand murah and especially buku fixi, inform aku!
Doakan aku juga jangan terlalu lalai asyik membaca benda ni aje. Tahun ni SPM, wuuuu dah besar anak pakcik Azwar ni! huhu.
So, sekian sahaja buat kali ni.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Nota kaki: Jawab salam aku dengan penuh sampai wabarakatuh. Jadi, kau akan dapat 30 markah! Siapa cakap? Bukan aku yang cakap. Nabi sendiri yang cakap. Jawab penuh, 30 markah buatmu! So, rajinkan diri bagi dan jawab salam penuh. Biarlah panjang sekalipun. Nak dapat pahala dengan mudah kan.
Hari ni aku nak review satu lagu ni daripada seorang penyanyi lelaki bernama Mark Adam. For sure ada yang kenal dan ada yang tak kenal. So, aku perkenalkan sikit apa yang aku tahu fasal Mark Adam ni.
Tak, siapa kata aku nak perkenalkan ni? Hey, aku nak cerita pasal lagu dia ni. Antara lagu dia yang famous termasuklah Pencuri, Si Katak dan Marry me. Semua aku suka. Dan lagu terbaru dia iaitu Berat juga mencuri perhatian aku untuk turut ikut minat.
Korang boleh pergi SINI untuk mengetahui atau nak tahu (like seriously la korang takkan tak kenal mark adam) ni okay?
Berat by Mark Adam
Saat ku berjalan sepi
Dan menunggu akhirnya perjalanan ini
Ku putuskan untuk memutuskan
Cerita cinta kita akhirnya di sini
Takkan bisa menahan lagi
Tiba masanya ku pergi
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu
Terus terang ku akui
Ku tak bisa menunggu sesaat pun lagi
Harap kau bisa mengerti
Cerita cinta kita akhirnya disini
Takkan bisa menahan lagi
Tiba masanya ku pergi
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan cinta
Walaupun tak bisa jauh dari mu
Sungguh beratnya rasa ku melepaskan kamu
Walaupun tak bisa hidup tanpa mu
Okay, menurut aku lagu ni memang deep dan touching gila. Well, aku memang suka lagu yang memang ada maksud mendalam ni. Di tambah dengan music video dia pergh terbaik lah. Aku memang jenis layan lagu sendu macam ni janji touch jiwa aku la. Lol aku malu nak kata aku ni jenis jiwang.
Lagu ni kalau kau fahami maksud dia tak adalah asyik khusus kepada pasangan bercinta sahaja. Even tough dalam music video antara dia, isteri dan anak dia. Korang boleh bayangkan tentang ibu bapa korang yang memang sangat-sangat sayangkan korang.
Contoh! Kau ni perempuan dan of course setiap bapa ingin sangat menikahi anak perempuannya. Lagi la pula kau tu sorang aje anak perempuan yang dia ada. Sekali dia lafazkan untuk menikahi kau dengan pasangan kau, tempat kau dah bukan ada di sisi dia lagi. Semua tanggungjawab dia akan dilepaskan di bahu suami kau. Suami kau yang dipentingkan terutamanya. Bukan ibu kau, bukan ayah kau lagi.
Contoh lagi! Kau bayangkan, kawan rapat kau yang kau gila-gila sama-sama. Malam tu kau baru chat atau telefon berdua. Tetiba, esoknya kau bangun pagi dengan berita kawan kau tu dah tak ada. Sedih serious. Sakit kau rasa tu tak sama dengan sakit putus cinta. Nak cari kawan yang sekepala, yang selalu ingatkan kita pada agama ni susah. Nak cari yang menangis bersama, senyum bersama. Susah sangat for nowadays. Then, hargailah kawan kau okay. Selagi dia masih ada bergelak ketawa dengan kau.
Melody dan lirik lagu sudah cukup untuk aku beri tahu yang Berat sangat perlu didengar. Supportlah sikit okay. Walaupun dia ni blur tapi comel kau faham.
Dah itu sahaja buat kali ni. Aku chaaww dulu la ya! Karangan tak siap lagi ni hahaha. 2 karangan beb. Apa benda la banyak sangat ni :')
Nah, korang boleh dengar dari sini juga okay! Hayati dan dalami. Ceh!