Saturday 12 March 2016

Meet someone who I never expected

Assalamualaikum gais!
I know you guys were really busy with your own life.
But i'm here to share my amazing, unpredictable and moment-to-die-for.

Aku tahu korang mesti ada artis pujaan ramai kan!

So, aku di sini nak cerita orang yang paling aku minat di kaca TV tetiba jumpa depan mata! Omaigod rasa macam nak terlompat-lompat.

GUESS WHO?

SYARUL RIDZWAN ! a.k.a SAHARUL RIDZWAN

Okaayyy, aku cerita dari awal aku jumpa this guy. Double triple mimple handsome gila okay! Anyway, aku jumpa dia dengan karangkraf kat shah alam tu. Mohon tahu ya. Aku malas nak google untuk korang bagi tahu tempat. Daa, banyak lagi kerja aku.

Here the story begin...

 Aku dengan kawan aku memang dah rancang lama nak pergi karangkraf tu. Yalah, gila tak excited nampak buku banyak-banyak dengan diskaun yang gila-gila? Lepas gian kot dah lama tak beli buku!

So, entah before hari tu, aku just scroll IG. Eh, tertengok kat IG karangkraf yang mengatakan Syarul ni datang sebab nak promosikan drama terbaru dia. Alah yang dengan Amyra Rosli tu. And yaa aku jumpa Amyra Rosli juga. Lawa gila hokey dia! Tapi, still aku tak minat sangat dia tu.

Okay, sambung.

Caption tak tulis pula bila dia datang. Karnival tu buka tiga hari. Aku pergi first day. So, aku tak mengharap sangatlah dia pergi. So, kitorang datang macam biasa. Uish ramai! Tak sabar nak serbu beli novel-novel yang ada! Dahlah kitorang memang kaki novel pun!

Masuk aje, dah excited nak pilih buku mana. Tapi, aku ada tengok ada sorang lelaki ni tengah belek buku. Tapi, macam ada ruang dan orang ramai berkumpul melengkung. Aku pelik ah. Asal mamat ni kan? Dah kenapa? Ingat dia siapa? Nak orang bagi dia ruang pula. Dah ah tua. (lol this is so funeeyyyhh kalau aku tahu tu dia tak terlintas aku nak kata dia tua HAHA)

Ni haa apa yang aku tengok. lol





TIME NI TANGAN AKU BERGEGAR OKAY NAMPAK DIA HAHA!

Bila tengok betul-betul ya rabbi syarul ridzwan rupanya!! Dah mula terlompat-lompat, terjerit dah masa tu. Apa kau rasa kalau jumpa orang yang kau minat gila, tengok dalam tv je and then tiba-tiba jumpa depan mata tak expect pun! Inilah nama dia jodoh tak tentu. Huhuhuhu. Nampak tak yang pakai topi putih tapi bukan yang merah tu. Yang depan tu. Haa itu Zul Huzaimy.

Okay, really aku nak tangkap gambar dengan dia, but tak berani. Bila dah berani, dia pula tengah busy! Ya rabbi sabar ajelah. Lepastu, nak tegur, eh dia main lari-lari pulaa! Dia balik awal aku rasa aaahhh entahlah. Tapi sedih gak ah tak dapat tangkap gambar dengan ZH :')

So, back to the story, lepas dia shoot, orang dah serbu dia. Aku and kawan aku pula bertikam lidah siapa nak cakap untuk selfie dengan dia. Ya ofc ah kan malu kot nak minta selfie! Maaaluu tahap gunung kinabalu! Then, dia ada shoot kat sebelah laa pula! Okay, kitorang sabar.

Shoot dia tengah berjalan. Lol jap aku send vid haha!



#ABAIKAN SUARA SUARA SUMBANG ITTEWW

Haa tengoklaah kalau dapat! Hahahahaah.

Bila dia habis je shoot tu, aku and kawan aku terus serbu dia!

Dapatlah selfie dua keping.

Time tu dah puas hati laa kira. Dapat selfie, dapat duduk sebelah dia. Huish bahagia je rasa! Haha. Lepastu, dia kena pergi kat meja sebab nak tanda tangan untuk orang yang beli buku Seindah Takdir Cinta. Both of them laa. Syarul and Amyra.


Apalagi, even tak beli buku, aku gigih juga pergi tangkap gambar dia. Biarlah berhimpit pun. Tapi, time ni tak ramai sangatlaah. Huhu alhamdulillah la kan.

Ha nah ini hasilnyaa!


HANDSOME? TAHU WEH TAHU HAHAHA


Haa ini aku nak cerita. Sepatutnya orang yang ada buku je ada kat situ. Memudahkan laa kira. Masalahnya aku malas nak beli buku. Aku jenis orang yang kalau drama dah ada kat tv, for what nak beli bukunyaa? Daa, benda sama aje okay even pengarah tukar sikit-sikit.

Bila dah habis orang kat depan. Sampai turn aku. Okay, dahlah tak ada bukunya lagi lepastu diri kat depan. Sebenarnya aku nak selfie berbatas meja macam orang selalu buat tu. Masalahnya aku malu. So, lagi malu bila dia cakap "Dah tak ada buku lagi dah?"

LOL TIME NI MEMANG AKU TERUS PERGI BELAKANG.

okay, lepastu pergilah round round cari buku. Sebenarnya nafsu aku nak beli buku dah habis daah bila nampak si syarul  tu. Rasa nak tengok aje dia tu. HAHAHA.

Nak dipendekkan cerita, aku beli jugalah buku fixi bertajuk TUHAN dan QISAS. Trilogi kepada MURTAD. Baju BUKU POJOK lawa doh nyesal aku tak beli. Setakat belek apa daapaat!

Hah, lepastu, diorang dah nak balik.

Aku tak puas selagi tak guna phone aku bergambor dengan dia. Ya ah tadi guna kawan aku punya.

Then, aku tegur, ya ah kena cepat orang asyik datang aje.

"Abang, nak selfie boleh?"

CHIA CHIA AKU PANGGIL DIA ABAANGG HAHAHAHAH

Okay, forget it and i took two picture with him!

Dia pakai spek and dia sebelah aku. Lol happy hakaakkk!

Time dia nak balik laa aku tangkap gambar dengan dia. Masa dia betul-betul nak balik tu, dia cakap bye bye. Lol aku and kawan akulah beria bye kat dia! HAHAHAHA kelakar gila okay.


Dah itu saja momen terindah aku buat masa ni. Huhu. Aku jumpa Ayda Jebat juga fyi! Tak sempat dengan dia perform lagu Pencuri Hati sebab aku dah balik masa tu.

Sekian sahaja. Lama dah aku nak taip benda ni cuma malas menggunung sangat!



Nota kaki: aku nak review satu buku ni. Baru habis baca. Hm let me think first. Bila eh nak review? HAHA malas la! But, i'll my best okay check it out xoxo!

3 comments:

Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!

Search