Tuesday, 26 January 2016

SPM. Sejauh mana pelajar Malaysia menyedari betapa pentingnya Sijil Pelajaran Malaysia?


Ya, aku suka letak gambar. Biar tak hambar sangat post aku ni. Okey, aku tahu mesti ramai dah tidur memandangkan mengikut jam kat laptop aku ni dah pukul 12:50 pagi. Well, aku memang jenis tidur lambat punya orang. Jadi, biarlah aku post sikit benda pasal SPM ni hah. Yang dah lepas tu, muhasabahlah. Kau ke jalan mana? Lurus ke bengkok? Relaks, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Tapi, tak bermaksud kau kena lepaskan peluang untuk belajar.


Untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan ini, yang lagi dua tahun nak hadapi, atau pun lepas UPSR kau dah habis, fikiran kau melambung terus ke SPM. Syabas, jauh pandangan kau. Post ni bukan dari ayat aku sendiri. Cuma aku berkongsi dengan korang apa yang aku dapat. Aku pun lalai apa. Tapi, tak jugalah aku nak biarkan kelalaian tu kekal lama kan.

Kalau kau jenis rajin membaca, kau ushalah semua entry dalam blog dia. InshaaAllah ada yang berguna kau akan dapat!


Credit to Asfan Ash


Setiap tahun ada SPM dan setiap tahun akan wujud jenis-jenis manusia yang sedari sekolah dia malas nak berusaha, lalu SPM pun buat cincai-boncai lalu dikhabarkan pula kepada adik-adik calon untuk buat sama seperti mereka buat dulu: cincai boncai untuk SPM. Mereka selalu kata SPM bukanlah penentu segalanya dan SPM tak penting pun dan apa yang penting ialah result korang selepas SPM (degree, STPM, postgrad etc). SPM tak penting, diorang kata...


Tipu.


Orang muda Malaysia dah diasuh dengan fahaman SPM tak penting. Meh sini aku bagitahu, SPM sebenarnya sangat penting. Hakikatnya, result SPM korang ni bukan aje penting, tapi bapak segala penting. Result SPM ialah tiket kepada segala-galanya dan ingat ni, benda tu walaupun tiket, tapi berupaya menentukan hala tuju dan tahap hidup korang di kemudian hari. Bayangkan tiket konsert, dan artis tu sebagai kejayaan. Kalau tiket korang bagus, dapatlah duduk dekat dengan artis. Kalau tiket hek eleh, dapatlah intai artis dari jauh je sambil genggam penumbuk jeles dengan orang tiket baris depan.


SPM SEBAGAI TIKET EMAS


Result SPM ni kalau nak cakap pada satu tahap ekstremiti, kalau kau kantoi maka habislah hidup kau di kemudian hari. Semua benda akan gunakan result SPM dan benda yang paling senang kita nampak ialah permohonan UPU. Nama dia PERMOHONAN UPU sebab korang kena memohon untuk masuk ke universiti, serta memohon untuk belajar bidang yang kita nak belajar sebab universiti-universiti yang ada bukanlah milik bapak kita. Benda tu, guna SPM mula-mula sekali. Result bagus, tinggi lah peluang untuk korang dapat apa yang korang nak, result teruk nak harapkan nama korang kena proses pun tak payah la.


"Tapi, kawan aku result SPM dia bagus pun tak dapat apa yang dia mohon untuk UPU. Macam mana tu?"


Kadang-kadang memang kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi benda ni terjadi pada minoriti. Majoriti yang dapat apa yang diorang nak, bukan dalam kategori result SPM bagus, tapi mereka tu cemerlang nak mampus maka nama mereka tersenarai dulu. Lagipun, bercakap dari sudut statistik, kes-kes kecil result SPM 'bagus' ni tak signifikan dan tak menggambarkan kepentingan SPM. Masalah muncul bila mereka-mereka ni disalah ertikan oleh pengguna internet muda sebagai modal insan, dan segala kata-kata perlu dipercaya. Itulah masalah kita, dengar kata orang yang tak berjaya. Apa kata dengar juga kata mereka yang berjaya? Tanya diorang macam mana nak menghadapi sistem dan cara-cara hidup dengan result SPM cemerlang.


"I am free"
Result SPM bagus, boleh study di Victoria University of Wellington, New Zealand

SPM SEBAGAI EMAS


Tadi aku ada kata SPM tu tiket emas. Dalam konteks lain, result SPM ialah 'emas'. Dengan result SPM (dalam sesetengah situasi awal, result percubaan SPM), korang boleh memohon biasiswa. PETRONAS, KPM, MARA, JPA, dan banyak lagi lah tak larat aku nak senaraikan di sini. Semua tu kalau korang nak rasa beban bayar kos sara hidup dan yuran universiti ringan, maka mohonlah untuk biasiswa tu. Insya-Allah seronok rasa belajar.

Alternatively, kalau tak dapat biasiswa korang bolehlah gunakan saluran mainstream PTPTN. PTPTN ni pulak adalah sejenis pinjaman. Duit dah pinjam kena bayar sebab nak pegi berak kat tandas awam pun kena guna duit. Inikan pula nak belajar di peringkat tertiary education. Berita baiknya, kalau result korang dean list memanjang, PTPTN tu jadi biasiswa. Tak payah bayar woi.


Tapi kalau duit PTPTN tu kau rasa macam hak kau, setiap kali masuk duit terus pegi sambar Iphone18, lepas tu joli sana sini dan tak belajar maka duit tu hilanglah berkatnya dan study pun kelaut, result ke laut, lalu korang terasa nak mintak PTPTN dimansuhkan. Nasihat awal, kalau korang rasa di peringkat universiti nak main-main, tak payah la belajar dan tak payah pinjam PTPTN sebab ramai lagi yang memerlukan peluang tu. Your job is to earn your keep.


Kebanyakan pemabaca internet selalu salah faham dan lari topik kelaut so biar aku cakap awal-awal disini sebagai penutup tirai:
  • Result SPM tu tiket dan meningkatkan kebarangkalian korang untuk berjaya di kemudian hari. Tak bermakna Result SPM bagus, di peringkat degree boleh buat cincai-boncai.
  • Benar ada orang yang berjaya di kemudian hari tanpa result SPM tapi mereka berjaya lambat. Ada tiket first class cepatlah sampai London mek oi.
  • Bukan result SPM je penting. Ko-kurikulum, sahsiah, kepimpinan semua tu bonus points bro
  • Result SPM adalah buah mulut yang paling popular. Makcik-makcik akan tanya result SPM, bukan result pra-ijazah dalam penulisan kreatif korang. Penulisan kreatif pun dia tak kenal natang hape. Ini penting untuk impress bakal ibu mertua.
Okay yang last tu aku gurau je. Bye.

No comments:

Post a Comment

Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!

Search