Friday 29 January 2016

Merentas desa yang terakhir

Alhamdulillah, hari ini jumaat ini, telah berakhirnya program merentas desa peringkat sekolah. Penatnya ya ampun aduhai! Yang paling tak bolehnya, baru sekarang perasan yang trek merentas desa macam jaauhhh sangat! Rupanya 7 kilometer. 7 weh, 7 kilometer. Sekolah sebelah 5 kilometer aje. Baru perasan pula tu. Dah nak dekat 5 tahun sekolah tu baru perasan. Ya Allah.

Dan aku baru rasa menyesal sebab tolak permintaan kawan aku untuk jadi budak check point! Menyesal weh. Tapi, ada seorang cikgu lelaki ni sesi petang, cikgu barulah. Dia ikut lari weh! Okey, untuk orang biasa, mesti benda ni tak ada apa-apa. Bagi aku tak. Aku impress hahaha. Yalah, biasa cikgu ni naik motor awasi pelajar. Yang tak tahan siap berkereta pun ada. Tapi yang ini dia ikut lari. Hahaha okey itu satulah.

Satu lagi, aku tetap gembira walau penat sangat. Hahaha. Ini nak cerita ni hah! Rumah sukan aku which is Kinabalu merupakan juara keseluruhan beb! Juara merentas desa untuk 15 tahun ke bawah dan juga 18 tahun ke bawah. Huish bahagianya rasa. Biar habis suara sebab sorak dan biar tangan merah sebab beri tepukan kepada pemenang.




Masa sesi fotografi, semua ahli rumah sukan diminta untuk bergambar sama-sama. Nak pergi, eh malu pula tiba-tiba. Hahaha. Okey, lantak yang itu. Tapi, aku dan kawan-kawan aku sempat bergambar bersama walaupun tidak dibenarkan membawa telefon. Well, aku ada kawan dari kelab fotografi dan memang kerja dia tangkap gambar semua tu hah. So, apa lagi kan!

Dah lama pun buat kerja macam ni. Junior tengok ajelah. Gambar ramai-ramai best gila kot weh. Biar busuk dan bercampur peluh (okay geli pula) tapi ada juga kenangan bersama. Maklumlah, tahun depan dah tak rasa benda-benda macam ni.

Tak ada lagi suara cikgu yang suruh ke tepi sebab ada kereta lalu lalang, anjing dan segala bagai. Tak ada tinggal-meninggal antara kawan. Dah kawan kau tu laju macam pelesit, suka berlari aje kerja. Mestilah kena tinggal. Tunggu kau buat apa. Lagi satu, suara mamat bermotor yang tiba-tiba tegur suruh lari cepatlah, tengok kiri kananlah.

Okey, aku hargai nasihat dan dorongan kau tu. Tapi, tak perlulah kot. Lagikan pula sekolah aku ni semuanya perempuan. Tak manis la weh. Okay, dah itu aje aku nak cerita ni.

Dan yang sedihnya, aku tak dapat nombor (lol) even tak dapat juga cabutan bertuah. Nasib baik team aku menang. Adalah juga nak dibanggakan! Hahaha!

4 comments:

  1. hai...saya datang singgah...
    macam mana saya nak follow Blog ni ek?
    tak jumpa link...
    awak ada follow Blog sy & saya nak follow back (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada button follow kat atas blog ni. cuba tekan mesti dapat hehe :D

      Delete
  2. seronoknya. rindu nak road run mcm sekolah dulu. sekarang dah besar, jogging pun malas sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah best sangat! Eh jogging mana boleh malas malas ni huhu saya pun akan rindu road run macam ni

      Delete

Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!

Search