Chewaahh!
Hahahaah!
Okay, harini aku nak review satu drama yang baru je habis, tak adalah baru sangat. Drama meleTOP, leTOP sekarang ni hah.
Apa lagi kalau bukan DIA SEMANIS HONEY!
So, aku bagi sinopsis sikitlah bagi korang tau sikit cerita dia bagi yang belum tengok dan nak tengok hahaha.
Sinopsis:
Bagi Hani Safira, pertunangan ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf Wafiy pula, pertunangan ini hanya kerana taatnya seorang anak. Saat cinta mula menggebu, Ariana muncul kembali membawa seribu duka dalam hidup Ahnaf dan Hani. Saat indah di mana mereka bakal diijabkabulkan, menjadi saat malang bagi Hani bila dia ditinggalkan pergi. Selepas tiga tahun berpisah...
"Buat apa pula I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella dan I dah ada Adam!" - Hani
"You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf
"Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan 'kita'. Sebab perkataan 'kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I!"
Adakah semuanya terlambat buat mereka? Tiada lagikah ruang untuk mereka menebus semula cinta yang lalu? Atau.... haruskah mereka terima hakikat mereka tidak ditakdirkan untuk bersama?
Haa ambik kau! Kemain tak sinopsis dia. Aku tengok dari buku dia okay. Kawan aku ada novelnya so nanti aku baca novel dia haha. Nanti aku review, InshaaAllah.
Okay, perkenalkan barisan pelakon dia.
Ahnaf Wafiy - Alif Satar
Hani Safira - Siti Nordiana
Adam - Hairul Azreen
Bella - Nadya Syahera
Haa barisan pelakon yang terbaiklah!
Bagi aku cerita ni memang penuh dengan drama. Sedih, suka, sweet dan kau rasa nak bunuh orang pun ada dalam ni haha!
First yang buat hal of course lah si Ahnaf sebab dia boleh bantai kahwin dengan Ariana dan beri tahu kenyataan tu masa majlis nikah. Ya Allah, sakitnya! Aku tak tahulah kalau the real Hani rasa. Kesian tau. Masa ni nampak sangat betapa jahatnya seorang insan bernama lelaki. Kah!
Hah then selepas tiga tahun mereka bertemu kembali. Jodoh tak lari ke mana lah kan. Biasanya itulah orang tua-tua kata. Tapi, masa tu masing masing dah haluan. Hani dah ada Adam dan Ahnaf pula... even dia tak ada apa apa dengan Bella but still diorang rapat masa ni.
Tapi, apalah daya. Perasaan tu ada lagi. Hahaha ayat aku kemain kan!
Tapi, yang jadi pemusnah mestilah si Bella ni. Apa dia buat? Kau tengoklah ceritanya atau bacalah novel dia haha.
Okay, berita gembira!!
Nanti raya, ada DIA SEMANIS HONEY RAYA! Wohooo tashabarnyaaa!
Weh i start to adore Alif Satar lah. Dia crush kedua selepas Saharul Ridzwan. Alif Satar memang seorang dream guy sangat. Untung isteri dia and they have a daughter! Alisha Anugerah nama diberi.
So, pengajaran yang dapat kat sini ialah...
- Belajar erti sabar dan sentiasa bersangka baik kepada Allah. Jangan buruk-buruk okay!
- Tak semua orang yang bertudung ni baik dan tak semua orang freehair ni jahat. Keep this!
- Redha dan terima apa yang Allah sudah berikan. Memang itu yang terbaik buat kita.
Haa, dah habis! I give 4.5 out of 5 cerita ni! Superb!
Okay, nak cebisan gambar sikit. Hehew!
Sekian dari aku.
Assalamualaikum!
drama ni drama ketiga yang saya masih tak boleh nak move on selepas drama Love you mr arrogant dan hati perempuan btw crush kita sama..hehhe
ReplyDeletewaahh hehehe. saya layan juga love you mr arrogant. best! hati perempuan memang tak layan haha even ada saharul ridzwan sebab tak suka sangat dengan heroin. Waahh sama pula kita!
Delete