Assalamualaikum orang kampung!
Okay, selamat hari pekerja ya!
Yang masih bekerja, seperti abang aku tu, tak apa.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Banyak bekerja di waktu muda, bila tua kau boleh relaks macam orang kaya. Kah!
Okay, untuk pengetahuan semua, Suami Tanpa Cinta baru sahaja tamat baru-baru ini.
Jadi, sudah menjadi kewajipan (lol haha) untuk aku review setiap drama yang best. Hewhew.
Salah satunya ialah drama ni yang diadaptasi dari novel.
So, here the sinopsis. Biasa aku tulis kan? Sekarang, aku malas. HAHA. Kau baca dulu sinopsis ni. Nanti aku explain dengan lebih lanjut.
“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”
Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.
Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”
Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”
Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”
Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”
Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”
Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...
“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”
Haa amacam? Best tak kau rasa?
Ain Syifa ialah Janna Nick.
Zaidan Iman ialah Shukri Yahaya.
Hoaa! Mantap kan pelakon dia haha! Sebab itulah best weh.
Okay, watak Ain ni memang hati kering. Seriously, sangat sangat kental punya jiwa. Tapi, dia ni bendul juga! Bendul-bendul dia pun tapi dia expert gila dengan company dia. Dia pun seorang yang workaholic.
Zaidan pula atau dalam cerita ni nama manja dia Aid. Dia ni happy go lucky. Sangat mencintai Ain walaupun dia tahu Ain langsung tak ada apa-apa perasaan pada dia even diaorang dah kahwin pun. Dia seorang yang penyabar. Tapi, kadang kadang dia meletup juga. Merajuk juga. Tapi, memang takkan lama. Dia juga rasa bersalah.
Actually, cerita ni ringan-ringan je. Untuk seisi keluarga. Konflik dia pun gitu-gitu je. Banyak kelakar dan memang sesuai untuk setiap lapisan umur! Lepastu, ada kekeluargaan konflik dia. Hah, simple laah. Tak adalah berat sangat.
Seriously cerita ni kelakar gila! Banyak pick up line and aku tak tahulah asal shukri yahaya sweet sangat. untunglaaahh isteri dia. HAHAHA. Mark Adam pun ada tau dalam ni! Hah ni lagi seorang manusia. Cakap dahlah lambat. Pelat pula tu. Terhibur aku dengan dia ni.
Mark Adam membawa watak sebagai Rafael. Pasangan dia pula Linda iaitu, Wan Sharmila. Hah diorang ni ada kisah pula dulu. Okay, kalau nak tahu kau gi la tengok! Takkan aku nak cerita satu satu.
Aku terlepas dua episode terakhir, so memang aku tengok online la kan. Sebab tu lambat sikit review! Hewhew.
So, cerita ni pun dah happy ending. Harap harap ada laahh version raya punya HAHAHA. Mengharap nieeww.
SO HERE THE PICTURES! ENJOY,
Haaaaa sweet kan weh!! Mohon laa ditengok. Aku siap download kot. Aku bukan BIMBO pun aku download gak. Hahahahahhaha. Okay dah.
Ost cerita ni lagu janna nick okay! Mungkin sajaaa... dia mencintaikuuu
Cerita ni dah habis. Dia Semanis Honey on the way dah tu. Alif Satar dan Siti Nordiana tu weh! Tashabar kita! Dahlah ost lagu fav! Memori berkasih!
Nanti aku review laa cerita ni kalau dah habis. Kalau aku ada masa aku ceritakan juga biografi Nana dengan Achik. I have that book okay!
Okay bye assalamualaikum!
Sukaaaa! suka cerita ni. kite minat hero n heroin dia :D
ReplyDeletehehehe saya pun minat gila dengan hero heroin haha fav actor laa kira haha
DeleteTerima kasih sudi join GA Mieza Suhaini ^_^
ReplyDeletehttp://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/05/senarai-peserta-giveaway-fv-oleh-mieza.html