Assalamualaikum guys! Apa khabar. Kalau anda budak sekolah, so yah tahniah cuti dua minggu! Aku agak seronok sebab selepas berhempas pulas selama 3 minggu berturut-turut menghadapi ujian sekolah akhirnya diberi cuti. Aku bahagia.
Hahahahha. Okay, tak nak cakap panjang panjang harini aku nak review satu novel. Aku baru je habis baca. Aku pernah review drama dia. Just click
SINI okay. Tajuknya BIMBO.
haaa scary tak tajuk haha lol. Aku ada bagi penerangan apa maksud bimbo kat dalam post tu. Biasanya bimbo ni berkumpulan. Naa, aku tak pernah jumpa lagi spesis ni.
Okay bagi aku novel bimbo is really really superb! Good quality and this is what we are looking for. Hang ingat semua novel Melayu ni tiada guna kah? Ada weh ada. Di samping mengajar kau erti life yang sebenar, sometimes novel ni berkait rapat dalam hidup kau. Maybe ada klise but yah kita hari hari buat benda klise juga.
Novel ni penuh dengan ayat ayat yang tersusun rapi dan aku sangat tabik spring pada si penulis iaitu Rin ahmad. I am your fans from now on! Novel ni banyak guna konsep imbas kembali. Bagi aku power jugaklah. Agak berisiko pakai teknik ni sebab akan membuatkan pembaca keliru tapi Rin Ahmad buat dengan baik sekali.
Dani dalam novel merokok pada awalnya tapi tidak dalam drama. Dengan Dani merokok lah aku rasa membawa pengajaran yang bila dia menghidap penyakit Bell's Palsy, dia berhenti.
Cuba kau bayang nak senyum nak makan minum susah apatah lagi nak menghembus menatang tu. Maybe Allah tarik apa yang kita ada tapi menggantikan dengan yang lebih hikmah. Bersangka baik pada Allah.
Dan aku temui cerita ni banyak latar tempat yang digunakan. Ada di Manjung, Malaysia. Jepun or Korea haha aku lupa. Dan absolutely Jeddah. Dalam drama Dani ada cakap nak pergi Jeddah tapi dia sebenarnya tak pergi pun. Menjaga Elsuraya dari dekat ada la.
So lebih fun lah dan bermakna buku berbanding drama. Mereka ni ada buat umrah dan pada masa yang sama kau dapat lalui apa yang mereka lalui. Pengalaman berharga kot!
Mereka ni berhoney moon di Brunei yang which is tiada juga dalam drama. Banyak sebenarnya di cut dari novel ni. Now I know a little about Brunei. Ya sambil membaca dapat ilmu. Tak ke bagus? Hah. Masa di balik dari Brunei lah bapa si Dani meninggal dunia.
Banyak dugaan mereka berdua sebelum, semasa dan selepas berkenalan antara satu sama lain. Banyak sangat. Tapi dengan dugaan tulah mereka menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Allah tak akan turunkan dugaan yang melebihi dari apa yang hamba-Nya boleh tanggung.
Lepastu, karakter Elsuraya yang lebih mencabar membuatkan aku terfikir, kita ni siapalah nak lawan takdir Allah. Asyik nak mempersoal apa yang dah ditentukan. Sebenarnya, layak ke kita? Hah. Disinilah Elsuraya diuji. Kehilangan ibu bapa pada jsia yang muda remaja belia memang bukan mudah tambahan lagi anak tunggal. Aku faham, perit rasa.
Elsuraya berdendam dengan Azad yang merupakan anak kawan ibu bapanya. Ada la cerita mereka ni. Dendam kesumat dalam jiwa buat dia benci betul dengan manusia bernama Azad. Lama dia tunggu si Azad ni balik dari overseas namun tetap dendam dia tak pernah berkurang.
Dan rupanya, dia salah target orang. Ya Azad ada salah sebab langsung tak bertanggungjawab, tapi orangnya ialah Dani. Kata-kata Dani buatkan Elsuraya menjadi seorang pendendam. Weh, you are talking with a girl. Remember, a girl. Perempuan ingat semua benda. Dia takkan lepaskan benda tu sampai dia dapat jawapan. Sampai dia puas hati.
Jalan cerita Allah ini sangat tersirat. Elsuraya jatuh cinta pada Dani tanpa mengetahui Dani ialah orang sebenar yang dia benci, dia dendam. Apabila terbongkar. Mereka menyepi. Dan Dani diserang penyakit Bell's Palsy. Berjauhan dengan Dani buatkan Elsuraya rapat pada Azad. Azad mengaku dia ada rasa sayang pada Elsuraya.
Tapi, bruh Azad dan Dani is a really good friend. Azad knows Dani better. Dia takkan buat macam tu. Even after Azad dah kahwin pun, dia still ada rasa pada Elsuraya. Tapi ya, Katrina (isteri Azad) amat memahami. Aku suka sangat jalan cerita ni. Sangat padat dan banyak gila bagi pengajaran.
Jalan cerita mereka complicated dan itulah buat mereka jadi seorang manusia yang matang dan jadi lebih baik. So here! Banyak lagi sebenarnya kata-kata menarik dalam novel ni, tapi ini sajalah ya. Hahah. Aku malas nak cari. Korang better buy this novel!! Berbaloi weh.
"Life is simple. If you think hard about the past, it may bring sorrows. If you think hard about the future, it may bring you fears. Live this moment with grateful, trust in Allah."
"Dani, I hope when im treating you bad, life has treating you good."
"Strong person will not walk away from the people who hurt them. They will forgive because forgiving is their way of taking care of themselves."
"Untungnya Elsuraya apabila dicintai oleh dua lelaki yang pada pandangan Katrina sangat istimewa.."
Last but not least, ini daripada ayat Daim bagi pada Dani bila Dani menghidap penyakit Bell's Palsy.
"Daripada jahat ke baik itu mudah tapi dari baik kepada yang beriman itu yang payah."
Aku rasa nak nangis baca buku ni. Hahaha tetiba emo. Okaylah. Bye semua. Terima kasih. Assalamualaikum!
Oh yaa I give 4.7 out of 5 for this novel. Congratulations, Rin Ahmad for writing such a good manuscript!