Friday, 1 April 2016

Aku Bukan BIMBO Drama // Review

Allahu.
Assalamualaikum semua!
Hampir terlupa aku nak review drama ni. Seriously, betul betul terlupa.

So, here the review from me, myself, I, aku, saya, hah apa lagi kau nak.

Dah nama pun review ya, kau jangan nak kacau aku sangat tak setuju dengan pendapat aku. Ini review aku. Dah pergi main jauh jauh.

BIMBO.

Bimbo tu apa weh? Kau dah tahu, tak ingat atau kau baru aje nampak perkataan ni?

Bahasa mudahnya, Bimbo ni untuk gelaran bagi seorang perempuan. Cantik tapi kurang bijak.

Bahasa untuk kau lebih memahami atau lebih menyakitkan hati, "A girl who is stupid, wears lots of make up and is obsessed with boys and clothes."

Menyakitkan? Lol kalau kau bukan tak payah terasa sangat.

So, cerita dia mengisahkan Elsuraya yang dipanggil bimbo oleh sekumpulan lelaki disebabkan dia menjadi model terjun dan memakai pakaian warna warni. Terus kena panggil bimbo. Dan di sinilah kisah bermula bila salah seorang dari sekumpulan lelaki ni kehilangan kunci kereta dan Elsuraya nilah yang jumpa. Hah padan muka!

Si lelaki nilah Dani Ikram. Ingatkan pertemuan mereka hanya sampai situ saja, tapi boleh bekerjasama antara syarikat pula. Well, kau boleh kata benda ni cliche. Aku setuju gak haha lol.

Dah berapa lama camtu, Si Dani ni pula boleh suka dengan Elsuraya yang dia kata bimbo ni hah. Habis dapat gelaran douchebag. Google la kau kalau nak tau maksud dia apa.

Lama-lama punya lama El pun suka kat Dani. Fyi, Dani ni seorang yang straight-forward gila and suka bagi pick up line. Kelakar dia ni. Dalam masa yang sama, El ni ada berdendam dengan seorang lelaki yang bernama Azad. Nak tahu sebab apa? Sebab Azad tak jemput dia masa birthday dia. Yang sebab itu mak bapak dia meninggal. Aku pun tak faham sangat benda ni.

But no worries, aku dah beli novel dia! Fyi juga, ini kali pertama aku beli novel yang ceritanya sudah ada dalam TV. Sebab aku rasa novel dia memang superb gila! Aku dah baca nanti aku review okay hahahaha.

Yang Azad ni pula seorang yang cool, tak suka gaduh-gaduh, dan memang aku suka watak dia dalam ni! Sebenarnya Azad ni dah mula suka kat El tapi dia pendam dan tak tunjuk. One day, dapat tahu yang perempuan yang Dani suka tu ialah El dan Dani tu sebenarnya kawan baik Azad. Here the konflik!!!

Bila El bagi tau yang ada 'super someone' yang nak masuk merisik dia, dia dah jadi panas hati. Gila tak? Orang yang dia suka ada yang minat jugak kot! And dia tak tahu pun orangnya ialah Azad. Azad dengan pun tak tahu sebenarnya macam mana nak terang. So, dia buat kerja gila dengan menghantar rombongan meminang untuk El sebelum 'super someone' tu maju dulu.

And bila dah tahu yang 'super someone' tu Azad, pergh rasa macam apa laa! Kau faham tak bila orang yang kau suka sebenarnya akan disunting dan dijodohkan untuk kawan baik kau sendiri. Pergh sakit kot!

And diorang tak gaduh tumbuk-tumbuk okay. Azad still cool dan terima yang maybe Dani memang untuk El. But, tak lama, dia masih mengejar El bila El yang datang sendiri pada dia. Time tu Dani and El ada masalah. Yang si El ni pula boleh dia berpaling arah ke Azad. Masuk jarum la dia!

Hakikat yang sebenar, rupanya Dani yang angkat call El dan cakap astalavista tu hah. Kau tengoklah cerita tu sendiri. Panjang sangat kalau aku nak cerita semua.

Okay, dahlah. Itu sahaja. Aku memang suka sangat sangat cerita ni!! Sangat worth kalau kau tengok.


  • Kau kena sedar yang dendam takkan bawa ke mati
  • Memaafkan orang yang buat salah dengan kita memang payah, tapi kita kena cuba supaya Allah pun senang nak maafkan salah kita.
  • Friendship is really berharga dan jagalah sementara kau ada 
  • Hormat orang tua. Walau dia ada salah apa pun dengan kau, maafkan dia. Hormat dia. Apatah lagi dia tu baya mak ayah kau
  • Semua benda boleh bawa bincang, tak guna kau nak marah-marah. Takdir, percaya takdir.
  • Jodoh tu tak kemana. Kau relaks je okay!
So, sekiaaannnn!!! Nah, aku bagi gambar sikit. Huhuhuhu.

Elsuraya- Nadiya Nisaa
Dani Ikram- Shaheizy Sam
Muhammad Azad- Zahiril Adzim

Reaallllyyy aaa goooddd actors!! Memang padu ah weh!











Here you go! Best weh cerita ni serius. Kalau kau boleh jumpa aku, aku boleh cerita benda ni aje sepanjang pertemuan kita. LOL hahahahahha.

Nanti aku dah baca novel dia, aku review pula. InshaaAllah.


Nota kaki: Aku ada cakap aku nak review Tundukkan Playboy Itu. Erm, aku tak tengok sangat and not my fav. Cuma aku suka lakonan Alif Satar yang makin mantap! I'm his fans from TPI! Wuuuuu!

Lepas ni cerita Suami Tanpa Cinta. Nanti aku review bila aku dah habis tengok haha. Cerita best ni weh! Shukri Yahaya dan Janna Nick kot! FAV!


2 comments:

  1. best ke citer ni? xberkesempatan nak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gila! pelakon best, storyline pun best :D worth it laa kalau tengok :)

      Delete

Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!

Search