gambar sekadar hiasan |
Aku tahu kau pernah dengar benda ni. Selalu kan kau tulis dalam karangan bila ada masalah remaja ke mat rempit sedang meliar ke. Inilah punca yang pertama akan muncul dalam kepala kau. Dalam kau sedang sedap tulis-tulis tu. Kau pernah terfikir something? Apa pendapat kau sendiri dengan sejauh mana pengaruh rakan sebaya ni boleh membawa impak yang besar kepada seseorang?
Hal nilah aku nak kupas. Bukan apalah, aku tahu setiap dari korang ni mesti ada geng atau soranglah paling-paling yang rapat sangat-sangat. Jadi, mesti korang akan lebihkan masa dengan diorang berbanding dengan family. Untuk zaman sekarang, benda tu biasa. That's why pengaruh rakan ni kuat.
Kawan tu boleh. Dalam kau nak salahkan semua kawan-kawan kau yang rosak tu sebab kau jadi ikut rosak sama. Pernah tak kau fikir yang kalau kau tak terikut-ikut perangai diorang benda tu tak akan jadi? Hah! Okey, tak dapat lagi? Macam nilah.
Manusia ni Allah dah lawa-lawa bagi otak untuk berfikir jernih lagi rasional. Kita ni tak payah susah-susah nak pilih kawan sangat. Lantak kaulah nak kawan dengan siapa. Asalkan kau boleh bawa diri, iman kuat, tahu mana betul mana salah cukuplah. Kau dah tahu benda tu salah, so let go. Biar apa kawan kau nak kata apa. Nak kawan, kawan. Tak nak, tak payah buat drama sembilu.
Kawan kau ponteng koko? Ajak kau pula tu? Payah kau menolak dan akhirnya kau ikut sebab tak nak kawan kau kecil hati. Kelakar sungguh kau ni. Kau ingat dia hadap sangat ke nak kawan dengan kau? Ingat ini masa kau kindergarden ke apa? Kawan boleh cari, sekali sebab kau dah mula ponteng, terus gelap satu per sembilan kau punya masa depan. Rugi kot.
Dengan itu, aku tak suruh kau break up dengan kawan kau tu. Nak tegur kawan kau tu hah silakan. Kalau dia tak jenis baran, jenis sempoi punya kau tengking pun dia okay je. Gurau-gurau juga weh. Takkan nak berjaya sorang-sorang. Selfish sangat. Ajak kawan-kawan kau sama. Best gila weh kalau dapat result gempak dengan kawan-kawan.
Ingat satu aje. Jangan nak rendah-rendahkan kawan kau yang tak pernah solat tu, seksi seksa sana sini, pakai seluar nampak lutut, kau nasihat je. Selalu aje dengan cara berhemah. Biar diorang mula-mula tak nak dengar. Janji kau cuba dan nak kawan kau berubah. Dia hisap dadah? Kau jangan bebal pula ikut sama. Tegur cara kawan-kawan. Mana tahu suatu hari nanti dia lagi berjaya dari kau. Sebab apa? Kau punya penangan la.
Tak bangga ke woii?
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak mau mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.–Khalifah Ali bin Abi Thalib-
Yang ikhlas.
anak pakcik Azwar.
Hi nice rreading your blog
ReplyDelete