Friday, 29 January 2016

Merentas desa yang terakhir

Alhamdulillah, hari ini jumaat ini, telah berakhirnya program merentas desa peringkat sekolah. Penatnya ya ampun aduhai! Yang paling tak bolehnya, baru sekarang perasan yang trek merentas desa macam jaauhhh sangat! Rupanya 7 kilometer. 7 weh, 7 kilometer. Sekolah sebelah 5 kilometer aje. Baru perasan pula tu. Dah nak dekat 5 tahun sekolah tu baru perasan. Ya Allah.

Dan aku baru rasa menyesal sebab tolak permintaan kawan aku untuk jadi budak check point! Menyesal weh. Tapi, ada seorang cikgu lelaki ni sesi petang, cikgu barulah. Dia ikut lari weh! Okey, untuk orang biasa, mesti benda ni tak ada apa-apa. Bagi aku tak. Aku impress hahaha. Yalah, biasa cikgu ni naik motor awasi pelajar. Yang tak tahan siap berkereta pun ada. Tapi yang ini dia ikut lari. Hahaha okey itu satulah.

Satu lagi, aku tetap gembira walau penat sangat. Hahaha. Ini nak cerita ni hah! Rumah sukan aku which is Kinabalu merupakan juara keseluruhan beb! Juara merentas desa untuk 15 tahun ke bawah dan juga 18 tahun ke bawah. Huish bahagianya rasa. Biar habis suara sebab sorak dan biar tangan merah sebab beri tepukan kepada pemenang.




Masa sesi fotografi, semua ahli rumah sukan diminta untuk bergambar sama-sama. Nak pergi, eh malu pula tiba-tiba. Hahaha. Okey, lantak yang itu. Tapi, aku dan kawan-kawan aku sempat bergambar bersama walaupun tidak dibenarkan membawa telefon. Well, aku ada kawan dari kelab fotografi dan memang kerja dia tangkap gambar semua tu hah. So, apa lagi kan!

Dah lama pun buat kerja macam ni. Junior tengok ajelah. Gambar ramai-ramai best gila kot weh. Biar busuk dan bercampur peluh (okay geli pula) tapi ada juga kenangan bersama. Maklumlah, tahun depan dah tak rasa benda-benda macam ni.

Tak ada lagi suara cikgu yang suruh ke tepi sebab ada kereta lalu lalang, anjing dan segala bagai. Tak ada tinggal-meninggal antara kawan. Dah kawan kau tu laju macam pelesit, suka berlari aje kerja. Mestilah kena tinggal. Tunggu kau buat apa. Lagi satu, suara mamat bermotor yang tiba-tiba tegur suruh lari cepatlah, tengok kiri kananlah.

Okey, aku hargai nasihat dan dorongan kau tu. Tapi, tak perlulah kot. Lagikan pula sekolah aku ni semuanya perempuan. Tak manis la weh. Okay, dah itu aje aku nak cerita ni.

Dan yang sedihnya, aku tak dapat nombor (lol) even tak dapat juga cabutan bertuah. Nasib baik team aku menang. Adalah juga nak dibanggakan! Hahaha!

Wednesday, 27 January 2016

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais

http://apple-crunchh.blogspot.my/2016/01/pencarian-mega-bloglist-aisyhah-nyais.html




CLICK TO JOIN!!

Kawan:

New Year, New Breath


Pada awalnya entry ni untuk satu giveaway tapi malangnyaa aku tak menang. Hahaha okay sedihnyaa weh haha. Tak apa, disebabkan entry ni aku buat bersungguh-sungguh. Makanya, aku sayang sangat nak padam.

Di sini aku menyatakan azam aku yang inshaaAllah aku nak buat sebaik mungkin.


Azam aku tahun ni 2016 ialah...

  • Dah nama budak sekolah, SPM la pulak tu. Hah mestilah keputusan yang cemerlang gemilang lagi terbilang. Amin!
  • Add maths aku boleh lulus tahun ni dan SPM real dapat kredit kurang-kurang
  • Solat nak penuh!
  • Puasa nak penuh!
  • Jadi senior cool kat sekolah
  • Bagi ibu dengan bapak menangis sebab terharu tengok result. Weh, doakan aku please. Yey sayang kau!
  • Tak nak dengki mendengki antara kawan-kawan. Susah sama-sama, senang sama-sama. Result gempak pun biar sama-sama.
  • Menghabiskan sisa waktu untuk bersama kawan-kawan kat sekolah dengan sebaik-baiknya


First aku rasa point pertama susah. Mak aku siap nak 6A lagi. Main order aje! Susah weh jujur untuk aku susah nak tunaikan permintaan mak aku :')

Second point, inshaaAllah aku akan cuba sebaik-baik-baik-baiknyaaa untuk jadikannya kenyataan. Sayanglah weh, kalau belajar 2 tahun tapi gagal dalam real exam :')

Third point, inshaAllah. Dokan aku ya :')

Forth, dengan izin Allah juga.

Fifith, HAHAHA itu kelakar

Sixth, should be on top on my list right? huhu

Seventh, #Pray4AnakPakcikAzwar

Eight, i will i will i will i love all my friends even aku selalu sakat, gurau teruk dengan diorang. Diorang still smile and chill. Ya ah i am just joking kot! Especially aku selalu kata Ros tak lawa hahaha.

Sekian, entry aku. Anyway, aku masih sedih yaa tak menang haha. kbye salam!





Tuesday, 26 January 2016

SPM. Sejauh mana pelajar Malaysia menyedari betapa pentingnya Sijil Pelajaran Malaysia?


Ya, aku suka letak gambar. Biar tak hambar sangat post aku ni. Okey, aku tahu mesti ramai dah tidur memandangkan mengikut jam kat laptop aku ni dah pukul 12:50 pagi. Well, aku memang jenis tidur lambat punya orang. Jadi, biarlah aku post sikit benda pasal SPM ni hah. Yang dah lepas tu, muhasabahlah. Kau ke jalan mana? Lurus ke bengkok? Relaks, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Tapi, tak bermaksud kau kena lepaskan peluang untuk belajar.


Untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan ini, yang lagi dua tahun nak hadapi, atau pun lepas UPSR kau dah habis, fikiran kau melambung terus ke SPM. Syabas, jauh pandangan kau. Post ni bukan dari ayat aku sendiri. Cuma aku berkongsi dengan korang apa yang aku dapat. Aku pun lalai apa. Tapi, tak jugalah aku nak biarkan kelalaian tu kekal lama kan.

Kalau kau jenis rajin membaca, kau ushalah semua entry dalam blog dia. InshaaAllah ada yang berguna kau akan dapat!


Credit to Asfan Ash


Setiap tahun ada SPM dan setiap tahun akan wujud jenis-jenis manusia yang sedari sekolah dia malas nak berusaha, lalu SPM pun buat cincai-boncai lalu dikhabarkan pula kepada adik-adik calon untuk buat sama seperti mereka buat dulu: cincai boncai untuk SPM. Mereka selalu kata SPM bukanlah penentu segalanya dan SPM tak penting pun dan apa yang penting ialah result korang selepas SPM (degree, STPM, postgrad etc). SPM tak penting, diorang kata...


Tipu.


Orang muda Malaysia dah diasuh dengan fahaman SPM tak penting. Meh sini aku bagitahu, SPM sebenarnya sangat penting. Hakikatnya, result SPM korang ni bukan aje penting, tapi bapak segala penting. Result SPM ialah tiket kepada segala-galanya dan ingat ni, benda tu walaupun tiket, tapi berupaya menentukan hala tuju dan tahap hidup korang di kemudian hari. Bayangkan tiket konsert, dan artis tu sebagai kejayaan. Kalau tiket korang bagus, dapatlah duduk dekat dengan artis. Kalau tiket hek eleh, dapatlah intai artis dari jauh je sambil genggam penumbuk jeles dengan orang tiket baris depan.


SPM SEBAGAI TIKET EMAS


Result SPM ni kalau nak cakap pada satu tahap ekstremiti, kalau kau kantoi maka habislah hidup kau di kemudian hari. Semua benda akan gunakan result SPM dan benda yang paling senang kita nampak ialah permohonan UPU. Nama dia PERMOHONAN UPU sebab korang kena memohon untuk masuk ke universiti, serta memohon untuk belajar bidang yang kita nak belajar sebab universiti-universiti yang ada bukanlah milik bapak kita. Benda tu, guna SPM mula-mula sekali. Result bagus, tinggi lah peluang untuk korang dapat apa yang korang nak, result teruk nak harapkan nama korang kena proses pun tak payah la.


"Tapi, kawan aku result SPM dia bagus pun tak dapat apa yang dia mohon untuk UPU. Macam mana tu?"


Kadang-kadang memang kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi benda ni terjadi pada minoriti. Majoriti yang dapat apa yang diorang nak, bukan dalam kategori result SPM bagus, tapi mereka tu cemerlang nak mampus maka nama mereka tersenarai dulu. Lagipun, bercakap dari sudut statistik, kes-kes kecil result SPM 'bagus' ni tak signifikan dan tak menggambarkan kepentingan SPM. Masalah muncul bila mereka-mereka ni disalah ertikan oleh pengguna internet muda sebagai modal insan, dan segala kata-kata perlu dipercaya. Itulah masalah kita, dengar kata orang yang tak berjaya. Apa kata dengar juga kata mereka yang berjaya? Tanya diorang macam mana nak menghadapi sistem dan cara-cara hidup dengan result SPM cemerlang.


"I am free"
Result SPM bagus, boleh study di Victoria University of Wellington, New Zealand

SPM SEBAGAI EMAS


Tadi aku ada kata SPM tu tiket emas. Dalam konteks lain, result SPM ialah 'emas'. Dengan result SPM (dalam sesetengah situasi awal, result percubaan SPM), korang boleh memohon biasiswa. PETRONAS, KPM, MARA, JPA, dan banyak lagi lah tak larat aku nak senaraikan di sini. Semua tu kalau korang nak rasa beban bayar kos sara hidup dan yuran universiti ringan, maka mohonlah untuk biasiswa tu. Insya-Allah seronok rasa belajar.

Alternatively, kalau tak dapat biasiswa korang bolehlah gunakan saluran mainstream PTPTN. PTPTN ni pulak adalah sejenis pinjaman. Duit dah pinjam kena bayar sebab nak pegi berak kat tandas awam pun kena guna duit. Inikan pula nak belajar di peringkat tertiary education. Berita baiknya, kalau result korang dean list memanjang, PTPTN tu jadi biasiswa. Tak payah bayar woi.


Tapi kalau duit PTPTN tu kau rasa macam hak kau, setiap kali masuk duit terus pegi sambar Iphone18, lepas tu joli sana sini dan tak belajar maka duit tu hilanglah berkatnya dan study pun kelaut, result ke laut, lalu korang terasa nak mintak PTPTN dimansuhkan. Nasihat awal, kalau korang rasa di peringkat universiti nak main-main, tak payah la belajar dan tak payah pinjam PTPTN sebab ramai lagi yang memerlukan peluang tu. Your job is to earn your keep.


Kebanyakan pemabaca internet selalu salah faham dan lari topik kelaut so biar aku cakap awal-awal disini sebagai penutup tirai:
  • Result SPM tu tiket dan meningkatkan kebarangkalian korang untuk berjaya di kemudian hari. Tak bermakna Result SPM bagus, di peringkat degree boleh buat cincai-boncai.
  • Benar ada orang yang berjaya di kemudian hari tanpa result SPM tapi mereka berjaya lambat. Ada tiket first class cepatlah sampai London mek oi.
  • Bukan result SPM je penting. Ko-kurikulum, sahsiah, kepimpinan semua tu bonus points bro
  • Result SPM adalah buah mulut yang paling popular. Makcik-makcik akan tanya result SPM, bukan result pra-ijazah dalam penulisan kreatif korang. Penulisan kreatif pun dia tak kenal natang hape. Ini penting untuk impress bakal ibu mertua.
Okay yang last tu aku gurau je. Bye.

Monday, 25 January 2016

Pengaruh rakan sebaya. Pengaruh ke bukan?

gambar sekadar hiasan



Pengaruh rakan sebaya.
Aku tahu kau pernah dengar benda ni. Selalu kan kau tulis dalam karangan bila ada masalah remaja ke mat rempit sedang meliar ke. Inilah punca yang pertama akan muncul dalam kepala kau. Dalam kau sedang sedap tulis-tulis tu. Kau pernah terfikir something? Apa pendapat kau sendiri dengan sejauh mana pengaruh rakan sebaya ni boleh membawa impak yang besar kepada seseorang? 

Hal nilah aku nak kupas. Bukan apalah, aku tahu setiap dari korang ni mesti ada geng atau soranglah paling-paling yang rapat sangat-sangat. Jadi, mesti korang akan lebihkan masa dengan diorang berbanding dengan family. Untuk zaman sekarang, benda tu biasa. That's why pengaruh rakan ni kuat.

Kawan tu boleh. Dalam kau nak salahkan semua kawan-kawan kau yang rosak tu sebab kau jadi ikut rosak sama. Pernah tak kau fikir yang kalau kau tak terikut-ikut perangai diorang benda tu tak akan jadi? Hah! Okey, tak dapat lagi? Macam nilah.

Manusia ni Allah dah lawa-lawa bagi otak untuk berfikir jernih lagi rasional. Kita ni tak payah susah-susah nak pilih kawan sangat. Lantak kaulah nak kawan dengan siapa. Asalkan kau boleh bawa diri, iman kuat, tahu mana betul mana salah cukuplah. Kau dah tahu benda tu salah, so let go. Biar apa kawan kau nak kata apa. Nak kawan, kawan. Tak nak, tak payah buat drama sembilu.

Kawan kau ponteng koko? Ajak kau pula tu? Payah kau menolak dan akhirnya kau ikut sebab tak nak kawan kau kecil hati. Kelakar sungguh kau ni. Kau ingat dia hadap sangat ke nak kawan dengan kau? Ingat ini masa kau kindergarden ke apa? Kawan boleh cari, sekali sebab kau dah mula ponteng, terus gelap satu per sembilan kau punya masa depan. Rugi kot.

Dengan itu, aku tak suruh kau break up dengan kawan kau tu. Nak tegur kawan kau tu hah silakan. Kalau dia tak jenis baran, jenis sempoi punya kau tengking pun dia okay je. Gurau-gurau juga weh. Takkan nak berjaya sorang-sorang. Selfish sangat. Ajak kawan-kawan kau sama. Best gila weh kalau dapat result gempak dengan kawan-kawan.

Ingat satu aje. Jangan nak rendah-rendahkan kawan kau yang tak pernah solat tu, seksi seksa sana sini, pakai seluar nampak lutut, kau nasihat je. Selalu aje dengan cara berhemah. Biar diorang mula-mula tak nak dengar. Janji kau cuba dan nak kawan kau berubah. Dia hisap dadah? Kau jangan bebal pula ikut sama. Tegur cara kawan-kawan. Mana tahu suatu hari nanti dia lagi berjaya dari kau. Sebab apa? Kau punya penangan la.

Tak bangga ke woii?

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak mau mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.–Khalifah Ali bin Abi Thalib-

Yang ikhlas.
anak pakcik Azwar.

Dunia Baru

Aku ada buat perubahan sikit la dalam blog ni.

SO SPECIAL THANKS SANGAT YANG BANYAK MEMBANTU AKU. KORANG THE BEST GILA.

Hello Nabila Medan, your template was so damn cute.
Thank you kepada blog (im forgot the name of the blog) teach me how to add song on my blog.
Thank you Afiqah Junizan, banyak okay tuto kat blog dia. Korang gi la cuba. Mesti rambang mata!

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi setakat ini sajalah aku nak share. Tapi, mohonlah pergi google diorang punya blog ni. Dahlah lawa, terjatuh cintan aku jadinya.

Okay, dah itu je. Lain kali aku update lagi hawauhawau!


UPDATE TERBARU:

Banyak lagi sebenarnya. So aku rasa semua blog yang mengadakan tutorial payah untuk aku sebutkan satu satu. Ada yang aku komen dan blogwalking blog diorang. Korang the best gilaa!
Saturday, 23 January 2016

KERANA KAU DISAMBUNG DI WATTPAD

Haa aku nak bagi tahu ni untuk semua ni haa. Karya Kerana Kau yang aku buat dan dah lama tangguh tu sebenarnya dah disiapkan di blog wattpad.

TAHU KE IDOK WATTPAD TU APA?

Wattpad ni sejenis blog di mana korang boleh tulis dan baca apa-apa sahaja. Tak kiralah puisi, cerita atau pun sekadar berkongsi pengalaman.

Atas sebab itu, aku pun share cerita kerana kau ni di wattpad. Jemput-jemputlah baca yaa. Baca kat phone lagi mudah! Cari je kat playstore ke appstore ke, wattpad. Dah senang kerja.

Sekian. Rasa macam nak buat cerita baru aje! LOL Okay bye gais.

Nota kaki: aku delete dah post pasal Kerana Kau kat blog ni so pandai pandai kalau nak baca search aje kat wattpad. Banyak lagi yang korang boleh jumpa. Selamat mencuba!

Search