Friday 3 June 2016

Drama Review // Demi Cinta Ain

Hai, Assalamualaikum!
Hah beria tak aku cuti sekolah ni asyik review benda aje!

So aku baru je habis menonton cerita Demi Cinta Ain ni, online.
Maklumlah tak terkejar aku nak tengok kat TV haha.

So, aku nak review lah cerita ni.

Cerita Demi Cinta Ain ni cerita apa?
Meh sini aku bagi sinopsis ringkas dan padat haha.
Cerita ni ditayangkan di TV3 ya anak-anak.


Sinopsis:

Mengisahkan perkahwinan Alif (Aiman Hakim) dengan Sakinah (Nazeera Sardi) diuji apabila Sakinah disahkan menghidap kanser. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hakim (Fazli Daniel Ali) dan Hanis (Qistina Raisah). Alif semakin tertekan apabila perlu menanggung kos pembiayaan perubatan Sakinah yang tinggi sehinggakan mereka terpaksa menumpang di rumah ibu tiri Sakinah, iaitu Suraya (Jasmin Hamid) yang menjalankan perniagaan restoran terapung. Suraya tidak suka dengan kehadiran Alif sekeluarga menumpang di rumahnya dan seringkali melepaskan kemarahannya pada Hakim dan Hanis apabila dia merasa terbeban kerana perlu menanggung perbelanjaan harian mereka.

Dalam masa yang sama pula, Ain Maisara (Risteena) adik Sakinah kurang senang dengan Alif. Sikap panas baran Aliff yang dilihat sering sahaja memarahi Sakinah walaupun Sakinah dalam keadaan lemah membuatkan Ain bertambah benci kepada Alif. Ain juga berasa tertekan apabila dia dipaksa oleh Suraya untuk bekerja di restorannya sebagai daya penarik supaya lebih ramai pelanggan datang ke restoran mereka.

Dalam kebuntuan memikirkan kesempitan hidup, ketika minum di sebuah warung, Alif terpandang seorang pelanggan wanita tertinggal beg tangannya. Alif hilang pertimbangan, dia mengambil beg tangan tersebut dengan menyembunyikan di sebalik jaket yang dipakainya. Pada mulanya Alif serba salah untuk mengambil duit di dalam beg tangan tersebut tetapi mengenangkan ungkitan Suraya yang sering merungut kerana terpaksa menanggung Alif sekeluarga, akhirnya Alif mengambilnya. Perbuatan Alif itu akhirnya membawa padah apabila dia tertangkap dan dipenjarakan.

Tanpa Suraya dan Ain sedar, Alif sebenarnya telah banyak berkorban demi menjaga dan membiayai kos rawatan Sakinah. Alif telah menjual lorinya kepada Ashraf (Zizan Nin) untuk mendapatkan duit, kemudian terpaksa pula bekerja dengan Ashraf untuk meneruskan hidupnya. Semua kesusahan itu dirahsiakan oleh Alif, cuma Mawar (Zahirah Macwilson) rakan baik Sakinah yang tahu semua pengorbanan Alif. Apabila mengetahui kebenaran itu, terdetik perasan cinta di hati Ain terhadap Alif namun terhalang oleh perancangan Suraya yang mahukan Ain berkahwin dengan Ashraf yang kaya itu. Ain juga buntu memikirkan akan perihal Adam (Nazrief Nazri) yang turut menyimpan perasaan terhadapnya.


Haa faham tak?

Kalau korang tak dapat tangkap lagi siapa pelakonnya. Meh sini aku list kan.

Nur Risteena Munim sebagai Ain Maisara
Aiman Hakim sebagai Alif
Nazrief Nazri sebagai Adam
Zahirah Macwilson sebagai Mawar
Nazeera Sardi sebagai Sakinah
Jasmin Hamid sebagai Suraya
Zizan Nin sebagai Ashraf


Okay, jujurnya aku tak ada lah minat sangat barisan pelakonnya. Tapi, aku suka the way diorang berlakon, cara penyampaian diorang dan story line yang sangat bagus!

Mungkin boleh diperbaiki dengan perkara-perkara yang meleret seperti hutang yang asyik dipersebut. Membuatkan cerita ni jadi lembab. Tapi, bagi aku tetap best!

Hello, aku hanya review cerita yang best aje okay haha.

Lakonan diorang sampai kau tahu tak kat aku.
Lepas tu, jalan cerita yang dekat dengan jiwa masyarakat.

Orang kaya tapi banyak hutang.
Stress dengan kesusahan hidup sampai terpaksa duduk dengan famili tiri yang memang tak suka dengan kita.
Lelaki yang niat nak poligami dan hanya mengetengahkan soal agama bila bab kahwin sahaja.
Masyarakat yang tak pernah berhenti nak minta tolong dengan bomoh.

Itulah yang dapat aku list kan.

Lepastu, betapa complicatednya kisah cinta antara Ain, Alif, Adam dan Mawar. Weh complicated gila okay aku cakap! Buat pengetahuan korang, Sakinah yang sakit tu pun sudah meninggal dunia. Bila Ain dah tahu semua benda, dia mula rasa bersalah pada Alif yang dia herdik, caci maki setiap hari.

Start ni lah cinta dia pada Alif berputik. Tapi, pada masa yang sama Adam ni pun suka dan nak kahwin dengan Ain. Cuma Ain ni pula dah mula jatuh cinta dengan bekas abang ipar sendiri. Tapi, yang aku sukanya, Adam ya Rabbi setia betul dia weh dengan Ain. Dahlah tak mendesak nak bagi jawapan. Lepastu, sentiasa ada di samping Ain bila Ain perlukan dia.

Alif ni pulak ada sengketa dengan Mawar. lol sengketa ke? Ceritanya macam ni, Alif, Sakinah dan Mawar kawan baik sejak U lagi. Satu hari tu, Alif confess yang dia suka kat Mawar. Tapi, respon Mawar agak mengecewakan Alif. Padahal sebenarnya Mawar pun ada perasaan yang sama kat Alif tapi disebabkan Sakinah pernah cakap dia suka kat Alif, dia padam niat dia. Waahhh!! Aku tabik hahaha.

Lepastu bila Sakinah meninggal, Mawar dan Alif masih berkawan tapi mungkin dah mula bercerita soal haluan diorang pula. Mawar mengaku semua benda pada Alif yang dia buat semua tu untuk Sakinah. Perempuan ni kalau sayang sangat dengan seseorang, dia sanggup berkorban okay. Tapi, sejak Alif dan Ain makin rapat, dia nak mengalah lagi.

Seriously, complicated gila okay. Tak tipu.

Dan endingnya, Ain bersama Adam dan Alif bersama Mawar. Sebenarnya, Ain ni aku rasa dia tak boleh beza cinta dengan simpati. Sebenarnya dia sayang kat Adam tu. Yang Adam pula dia memang setia dengan Ain dan sebenarnya dia siap suruh lagi Alif kahwin dengan Ain. Macam tu jugak lah dengan Mawar.

Aku ingat Alif dengan Ain tapi alhamdulillah tak. So, bagi aku cerita ni tak klise langsung okay. Cerita ni best gila. Dan yang kelakarnya Ashraf kahwin dengan Cik Su (Suraya). Hahaha! Ini kelakar. Orang yang selalu dia bagi duit sebab nak dapatkan Ain lah dia kahwin.

Yang aku masih tak dapat nak figure out ialah. Apa sebenarnya perasaan Alif ni pada Ain? Aku rasa dia suka kat Ain lah weh. Tapi, bila dia tahu cinta Ain bukan cinta tapi simpati hahahah aku cakap apa ni :') Lagipun, mungkin dia rasa terhutang budi dengan Adam kot. Hah di sinilah aku nak tahu sangat! hahaha.

So aku bagi cerita ni 4 out of 5 !

Tahniah penulis skrip dan pengarah serta perlakon tidak dilupai. Terbaik!

Nah, sekeping dua gambar untuk tatapan kalian haha.








Katanya, tajuk asal "Naluri Bercinta"
Nasib baik, Demi Cinta Ain ditukarnya.
HAHAHA.

Okay, itu sahaja. Kita akan melewati bulan Ramadhan ni!
Saja nak bagi tau mana tau korang lupa haha lol


Bye, Assalamualaikum!

1 comment:

  1. Hai :D Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

    ReplyDelete

Buat apa tuuu? Meh comment sekejap!

Search