Monday, 19 September 2016

Review Film Train to Busan

Assalamualaikum.
Aku menaip posting ini tanpa melihat jadual belajar aku untuk esok hari.
Tanpa memeriksa terlebih dahulu kerja rumah apa yang aku ada untuk esok.
Yes, baru sehari sekolah untuk cuti yang panjang. Lol panjang? Seminggu je!

HAHAAHAH.
Aku agak terlambat ke?
Nak review film ni?

Nampak macam aku kisah.

Okay, sebagai seorang yang bukan peminat cerita korea atau drama korea atau lagu lagu korea, aku nak bagi sekalung penghargaan untuk TEAM TRAIN TO BUSAN.

Sebab diorang membuktikan yang korea is not about k-pop and plastic surgery. HAHAHA Aku kejam. Biarlah. Post aku.



POSTER? Ya, memang poster. Tapi, poster nilah yang menunjukkan seribu satu kedukaan, kekejaman, kesedihan, kepentingan diri sendiri, kesombongan dan kasih sayang.


Tak perlu dah rasanya untuk aku explain sinopsis cerita ni. Tak perlu dah. Aku yakin korang dah expert. Tapi, cerita ni memang gila. Cerita ni tunjuk kat aku betapa hero seorang anak perempuan tetap ayahnya untuk selama-lamanya. Sampai kau dah ada suami, anak lelaki ke, ayah tetap hero anak gadis mereka.




Nampak tak cara dia pegang tu? Nampak reaksi dia tu? Weh hanglah hero cerita ni tau! Siapa kata hero tak boleh mati? Akhir cerita, ayah budak ni mati weh sebab kena gigit dengan seorang lelaki selfish nak mati!! HAHAHA. Marah ni marah.

Aku dapat rasa even dia tak rapat dengan anak dia, and every hari penting bagi jenama sama or benda sama, kasih sayang dia ada cuma tak ditunjuk. Dalam perjalanan nilah aku rasa anak dia kenal siapa bapak dia yang sebenar-benarnya.



Haa yes! Cerita ni pasal zombie. My favourite lah kira. Aku suka tengok cerita zombie eventhough aku menjerit tengok muka diorang haha. Ayah dia ni weh rela mati sebab dah tau kena jangkit zombie and tak nak anak dia kena juga. Dia sedar.

That feeling aku hampir menangis bila anak dia kata jangan tinggalkan dia. Dia nak ayah dia ikut sekali sampai ke Busan. Allahu! Lakonan kau dik! Terharu akak hah. Dah lah aku ni memang susah sikit nak keluar air mata ni. Nasib baik tengok dengan ibu. Kalau sorang, mahu menangis haha.




This pakcik! Pakcik you're a hero pakcik. Even aku tergelak juga tengok dia sampai takut gitu bila isteri dia dalam toilet. But, i really tabik you lah pakcik. You bukan takut isteri, but you sayang isteri. Pakcik ni jaga isteri dia sampai ke titik penghabisan weh. Dahlah dengan condition isteri dia mengandung lagi!

This pakcik looks really arrogant at first, but believe me, this pakcik not. No! Totally weh. Dia sanggup redah banyak gila zombie sebab isteri dia terperangkap tak tau nak gerak mana. Dia sanggup lead group dia weh. Wah! Your son or daughter should be proud on you, pakcik! Kalau tak, aku cincang budak tu hidup-hidup haha.

Bila keadaan terdesak, sebab one guy yang selfish gila tu, yang sepatutnya mati dari awal cerita tu, dia rela kena baham dek zombie tu and suruh that guy yang atas ni jaga isteri dia. Sebelum dia pergi, sempat dia suruh isteri dia namakan anak dia. How sweet are you pakcik!




Pakcik nilah yang patut mati weh dari awal cerita. Tapi, boleh pulak panjang umur dia. Eii den geram betul. Sebab pakcik nilah, ramai yang terkorban instead of boleh diselamatkan. Geraaammmm jeee! Nak taip pasal dia ni mahu satu post juga ni. Geram punya pasal. Tak guna punya pakcik.


Yes, penyakit zombie ni berasal dari projek si Pengusaha Saham tadi. Masalah rusa kena langgar dan jadi zombie. Tapi, jangan risau bukan salah anda. Dah takdir. hahahahayahahayaaii!


Banyak beb kau boleh dapat dari cerita ni. Kita dapat tahu betapa selfish nya manusia di kala genting. Betapa kejamnya manusia. Betapa ikhlasnya hati seseorang manusia. Sangat banyak. Cerita ni bukan setakat thriller, seram or nak just for fun.

Banyak sangat sampai aku tak boleh senaraikan satu persatu.
Kau patut tengok.
Aku recommend ni. Aku pencadang cerita best je ya.

Kau bukan k-popers? Lol, kelakar. Aku pun bukan.
Tapi, cerita ni memang buat kau terpesong jauh dari pendapat kau sendiri.

Dah tu saja. Panjang la pulak entry ni!
Tak nak panjang-panjang tapi terpanjang pulak! Ei!

Nah, gambar sikit. Nikmatilah~ Haha.




Aku tak nak masukkan gambar zombie. Sorry geng.
Aku tunggu next film dia. Katanya ada no 2? Ya kot.

Assalamualaikum. Bye. Haha!



Search