Sunday, 24 July 2016

Movie Review // Showdown The Movie

Hai Assalamualaikum!
Daah lamaa gila aku tak post something dalam blog ni.

Aku, busy dan malas. Ahah!
So, sementara aku tengah rajin ni, aku akan menaip buat seketika.

Untuk apa?
Untuk menyatakan review aku pasal Showdown The Movie!

Nah, buat kau tak tau cerita ni pasal apa, aku bagi sinopsis siap siap.
Lol, aku copy pakcik google je ni.

Sinopsis:

Berdasarkan sebuah rancangan Realiti TV iaitu Showdown, mengisahkan tentang sekumpulan penari yang menggelarkan diri mereka sebagai "Battle Crew" yang mana mereka mempunya impian untuk menyertai sekaligus menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia iaitu Showdown. Banyak halangan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka sekaligus menguji persahabatan antara mereka. Mampukah mereka bertahan dan menang pada akhirnya?

Hah itulah gamaknyaa!

Mohon korang tahulah juga yang sebenarnya Showdown ni pasal menari. Haraplaahh! Takkan tak tau kot.

So, para pelakonnya ialaah..


  • Reza Hasbi
  • Izara Aishah
  • Azad Jasmin
  • Iedil Putra
  • Maria Farida

So, aku rasa best lah cerita ni. Not bad. Yaa, cerita ni dah keluar lama cuma aku baru berkempatan untuk tengok tadi. Ini pun sebab tiba-tiba abang aku pasang laptop kat TV. Baru best sikit layan movie.

Walaupun cerita ni dah boleh agak jalan cerita tapi yang paling aku suka performance diorang time final! Woowww gila hokeey! Lawa gila!

Aku memang peminat Step Up dan layan dari series 1 lagi haha. Sampailah Step Up All In. So, aku takkan terlepas lah tengok cerita ni versi Malaysia. Okay lah. Bagi aku okay. Tak tahulah kau. Tak suka, blah sana. Ada aku suruh duduk kat sini lagi ke?

So, aku bagi 3 out of 5!
Nice!

Nah, sedikit cenderamata aku bagi. Gambar-gambar sebabak. Kah!








Yeah, i know percubaan spm mendekati.
Yeah, i know.

Last, kali ni sajeehh! Hahaha.

Okay, night world.
Itu saja.
Apa-apa nanti, aku roger.

Assalamualaikum.
                       
Friday, 1 July 2016

#SongReview // Terus Mencintaimu - Wanns Ahmad

Hi Assalamualaikum!
Yes, this is my official post for Ramadhan Kareem month!

Hahaha. Aku agak malas sebenarnya nak taip taip kat post ni hah. Padahal banyak benda aku nak cerita.

So, bulan puasa dekat nak habis dan lagu raya dah berkumandang di stesen TV mahupun radio.
Baju raya sudah tersedia cuma kuih raya hanya menunggu untuk dibeli.

Korang layan tak Lambaian Ramadhan TV3 setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam?
Cerita tu dah habis dah. Nanti laahh aku review kalau aku rasa nak review.
Aku tak pernah miss satu pun episode tapi ada la dalam 20 minit macam tu ke sebab terlupa haha.

Okay, aku bukan review cerita tu kat sini. Aku nak cerita pasal lagu yang ada dalam cerita tu.

Yes, lagu Terus Mencintaimu by Wanns Ahmad!

Lirik dan melodi lagu ni memang power sampaikan kau tak rasa apa apa boleh rasa sebak sekali.
Power weh suara dia. Aku suka gila hokay. Lirik dan suara tu ya rabbi mana nak dapat lagi weh.

Okey, muka dia ada iras iras Shukri Yahaya, Zizan Razak, Pasha Ungu. Itulah yang aku nampak. Orang lain nampak ada banyak lagi hahaha. Suara dia pula macam suara Akim haha!

Ya weh tak tipu masa first first dengar lagu tu kat Lambaian Ramadhan ingatkan Akim ada lagu baru. Rupanyaa Wanns Ahmad yang nyanyi.


So, nah korang. Nak lirik dia tak? Yalah aku bagi.


Biarkanlah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Ku rindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia

Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku

Biarkanlah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkanlah saja aku menyimpan kasih
Kepadamu

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malam ku yang sunyi
Ku sedar kita tak kan mungkin bersama


Haa itulah dia.

Kalau korang tengok music video pun best. Seriouslah weh.
Sedap lah suara dia. Aku tak boleh dengar suara lelaki sedap ni hahaha!
Tengok kat youtube search "Terus Mencintaimu Wanns Ahmad"

Malas?
Fine lah aku bagi kat sini korang just tinggal tengok aje.
Aduh, susah betul.






Dah dengar? Sedap kan weh!!! Hahahah!
Rupanya lagu ni pun ada dalam cerita Hilangnya Kasih lakonan Janna Nick dan Fezrul Khan.

Cuma time tu aku tak perasan.
So, here!
Nanti bila aku rasa nak taip aku review pula cerita Lambaian Ramadhan tu okay.
Gerak dulu.

Assalamualaikum!

Search