Monday, 20 February 2017

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017



Salam!

HAHAHA! It's been a long daaaayyy

Ya dah lama sangat aku tak buka dunia blog ni.
sangat lama. so yah bila dah buka,

ADUH!
Ternampak pula ada giveaway ni.
Apa lagi kan. Buku tuuuuuuu

so yah jom la join ramai ramai.
manalah tahu rezeki kau ke?




Buku yang diingini:

  • Paranoia - Menurut Kim Chaa, buku ni sambungan dari buku Paranormal. So, memang kena dapatkan buku tu dulu supaya tak pening baca yang buku ni. Dah nama peminat buku indie, dah mesti lah buku fixi ni menjadi keutamaan! Baca sinopsis dan dengar review macam best haha. So, harap-harap lah dapat buku ni! 

  • Langit Petang - Weh, kemon lah! Buku sasterawan negara ni! Memang dah lama nak try baca buku macam ni selepas baca karya HAMKA. Huish, walaupun yalah buku macam ni jarang ada dalam hati para pembaca generasi Y. Kah!  Mengada je. Tak kenal, maka tak cinta. Yes, memang tidak dinafikan karya A. Samad Said ada keunikan tersendiri dan aku nak merasa.
Itu sahaja buat kali ni.

Haa engko tu buat apa lagi?
Meh lah join. Tak rugi dan tak luak pun haha.

Kita patut jadikan generasi sekarang, generasi rajin membaca. Kalau bukan kita yang mula siapa lagi? Generasi akan datang? Weh, dengan teknologi canggih canggih, buku makin tipis nak dapat peluang untuk dibaca.

Haha! Dahlah tu. Gracias! Bye!

Assalamualaikum.



Saturday, 8 October 2016

Mini Giveaway by Mya & Fana

Assalamualaikum semuaaaaaa!


Dah lama tak join giveaway rindu pula so jommm!
Senang je cara diaa.



Photobucket





Ig saya : @yaziidahazwar
Monday, 19 September 2016

Review Film Train to Busan

Assalamualaikum.
Aku menaip posting ini tanpa melihat jadual belajar aku untuk esok hari.
Tanpa memeriksa terlebih dahulu kerja rumah apa yang aku ada untuk esok.
Yes, baru sehari sekolah untuk cuti yang panjang. Lol panjang? Seminggu je!

HAHAAHAH.
Aku agak terlambat ke?
Nak review film ni?

Nampak macam aku kisah.

Okay, sebagai seorang yang bukan peminat cerita korea atau drama korea atau lagu lagu korea, aku nak bagi sekalung penghargaan untuk TEAM TRAIN TO BUSAN.

Sebab diorang membuktikan yang korea is not about k-pop and plastic surgery. HAHAHA Aku kejam. Biarlah. Post aku.



POSTER? Ya, memang poster. Tapi, poster nilah yang menunjukkan seribu satu kedukaan, kekejaman, kesedihan, kepentingan diri sendiri, kesombongan dan kasih sayang.


Tak perlu dah rasanya untuk aku explain sinopsis cerita ni. Tak perlu dah. Aku yakin korang dah expert. Tapi, cerita ni memang gila. Cerita ni tunjuk kat aku betapa hero seorang anak perempuan tetap ayahnya untuk selama-lamanya. Sampai kau dah ada suami, anak lelaki ke, ayah tetap hero anak gadis mereka.




Nampak tak cara dia pegang tu? Nampak reaksi dia tu? Weh hanglah hero cerita ni tau! Siapa kata hero tak boleh mati? Akhir cerita, ayah budak ni mati weh sebab kena gigit dengan seorang lelaki selfish nak mati!! HAHAHA. Marah ni marah.

Aku dapat rasa even dia tak rapat dengan anak dia, and every hari penting bagi jenama sama or benda sama, kasih sayang dia ada cuma tak ditunjuk. Dalam perjalanan nilah aku rasa anak dia kenal siapa bapak dia yang sebenar-benarnya.



Haa yes! Cerita ni pasal zombie. My favourite lah kira. Aku suka tengok cerita zombie eventhough aku menjerit tengok muka diorang haha. Ayah dia ni weh rela mati sebab dah tau kena jangkit zombie and tak nak anak dia kena juga. Dia sedar.

That feeling aku hampir menangis bila anak dia kata jangan tinggalkan dia. Dia nak ayah dia ikut sekali sampai ke Busan. Allahu! Lakonan kau dik! Terharu akak hah. Dah lah aku ni memang susah sikit nak keluar air mata ni. Nasib baik tengok dengan ibu. Kalau sorang, mahu menangis haha.




This pakcik! Pakcik you're a hero pakcik. Even aku tergelak juga tengok dia sampai takut gitu bila isteri dia dalam toilet. But, i really tabik you lah pakcik. You bukan takut isteri, but you sayang isteri. Pakcik ni jaga isteri dia sampai ke titik penghabisan weh. Dahlah dengan condition isteri dia mengandung lagi!

This pakcik looks really arrogant at first, but believe me, this pakcik not. No! Totally weh. Dia sanggup redah banyak gila zombie sebab isteri dia terperangkap tak tau nak gerak mana. Dia sanggup lead group dia weh. Wah! Your son or daughter should be proud on you, pakcik! Kalau tak, aku cincang budak tu hidup-hidup haha.

Bila keadaan terdesak, sebab one guy yang selfish gila tu, yang sepatutnya mati dari awal cerita tu, dia rela kena baham dek zombie tu and suruh that guy yang atas ni jaga isteri dia. Sebelum dia pergi, sempat dia suruh isteri dia namakan anak dia. How sweet are you pakcik!




Pakcik nilah yang patut mati weh dari awal cerita. Tapi, boleh pulak panjang umur dia. Eii den geram betul. Sebab pakcik nilah, ramai yang terkorban instead of boleh diselamatkan. Geraaammmm jeee! Nak taip pasal dia ni mahu satu post juga ni. Geram punya pasal. Tak guna punya pakcik.


Yes, penyakit zombie ni berasal dari projek si Pengusaha Saham tadi. Masalah rusa kena langgar dan jadi zombie. Tapi, jangan risau bukan salah anda. Dah takdir. hahahahayahahayaaii!


Banyak beb kau boleh dapat dari cerita ni. Kita dapat tahu betapa selfish nya manusia di kala genting. Betapa kejamnya manusia. Betapa ikhlasnya hati seseorang manusia. Sangat banyak. Cerita ni bukan setakat thriller, seram or nak just for fun.

Banyak sangat sampai aku tak boleh senaraikan satu persatu.
Kau patut tengok.
Aku recommend ni. Aku pencadang cerita best je ya.

Kau bukan k-popers? Lol, kelakar. Aku pun bukan.
Tapi, cerita ni memang buat kau terpesong jauh dari pendapat kau sendiri.

Dah tu saja. Panjang la pulak entry ni!
Tak nak panjang-panjang tapi terpanjang pulak! Ei!

Nah, gambar sikit. Nikmatilah~ Haha.




Aku tak nak masukkan gambar zombie. Sorry geng.
Aku tunggu next film dia. Katanya ada no 2? Ya kot.

Assalamualaikum. Bye. Haha!



Sunday, 24 July 2016

Movie Review // Showdown The Movie

Hai Assalamualaikum!
Daah lamaa gila aku tak post something dalam blog ni.

Aku, busy dan malas. Ahah!
So, sementara aku tengah rajin ni, aku akan menaip buat seketika.

Untuk apa?
Untuk menyatakan review aku pasal Showdown The Movie!

Nah, buat kau tak tau cerita ni pasal apa, aku bagi sinopsis siap siap.
Lol, aku copy pakcik google je ni.

Sinopsis:

Berdasarkan sebuah rancangan Realiti TV iaitu Showdown, mengisahkan tentang sekumpulan penari yang menggelarkan diri mereka sebagai "Battle Crew" yang mana mereka mempunya impian untuk menyertai sekaligus menjuarai pertandingan tarian terbesar di Malaysia iaitu Showdown. Banyak halangan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka sekaligus menguji persahabatan antara mereka. Mampukah mereka bertahan dan menang pada akhirnya?

Hah itulah gamaknyaa!

Mohon korang tahulah juga yang sebenarnya Showdown ni pasal menari. Haraplaahh! Takkan tak tau kot.

So, para pelakonnya ialaah..


  • Reza Hasbi
  • Izara Aishah
  • Azad Jasmin
  • Iedil Putra
  • Maria Farida

So, aku rasa best lah cerita ni. Not bad. Yaa, cerita ni dah keluar lama cuma aku baru berkempatan untuk tengok tadi. Ini pun sebab tiba-tiba abang aku pasang laptop kat TV. Baru best sikit layan movie.

Walaupun cerita ni dah boleh agak jalan cerita tapi yang paling aku suka performance diorang time final! Woowww gila hokeey! Lawa gila!

Aku memang peminat Step Up dan layan dari series 1 lagi haha. Sampailah Step Up All In. So, aku takkan terlepas lah tengok cerita ni versi Malaysia. Okay lah. Bagi aku okay. Tak tahulah kau. Tak suka, blah sana. Ada aku suruh duduk kat sini lagi ke?

So, aku bagi 3 out of 5!
Nice!

Nah, sedikit cenderamata aku bagi. Gambar-gambar sebabak. Kah!








Yeah, i know percubaan spm mendekati.
Yeah, i know.

Last, kali ni sajeehh! Hahaha.

Okay, night world.
Itu saja.
Apa-apa nanti, aku roger.

Assalamualaikum.
                       
Friday, 1 July 2016

#SongReview // Terus Mencintaimu - Wanns Ahmad

Hi Assalamualaikum!
Yes, this is my official post for Ramadhan Kareem month!

Hahaha. Aku agak malas sebenarnya nak taip taip kat post ni hah. Padahal banyak benda aku nak cerita.

So, bulan puasa dekat nak habis dan lagu raya dah berkumandang di stesen TV mahupun radio.
Baju raya sudah tersedia cuma kuih raya hanya menunggu untuk dibeli.

Korang layan tak Lambaian Ramadhan TV3 setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam?
Cerita tu dah habis dah. Nanti laahh aku review kalau aku rasa nak review.
Aku tak pernah miss satu pun episode tapi ada la dalam 20 minit macam tu ke sebab terlupa haha.

Okay, aku bukan review cerita tu kat sini. Aku nak cerita pasal lagu yang ada dalam cerita tu.

Yes, lagu Terus Mencintaimu by Wanns Ahmad!

Lirik dan melodi lagu ni memang power sampaikan kau tak rasa apa apa boleh rasa sebak sekali.
Power weh suara dia. Aku suka gila hokay. Lirik dan suara tu ya rabbi mana nak dapat lagi weh.

Okey, muka dia ada iras iras Shukri Yahaya, Zizan Razak, Pasha Ungu. Itulah yang aku nampak. Orang lain nampak ada banyak lagi hahaha. Suara dia pula macam suara Akim haha!

Ya weh tak tipu masa first first dengar lagu tu kat Lambaian Ramadhan ingatkan Akim ada lagu baru. Rupanyaa Wanns Ahmad yang nyanyi.


So, nah korang. Nak lirik dia tak? Yalah aku bagi.


Biarkanlah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Ku rindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia

Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku

Biarkanlah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkanlah saja aku menyimpan kasih
Kepadamu

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malam ku yang sunyi
Ku sedar kita tak kan mungkin bersama


Haa itulah dia.

Kalau korang tengok music video pun best. Seriouslah weh.
Sedap lah suara dia. Aku tak boleh dengar suara lelaki sedap ni hahaha!
Tengok kat youtube search "Terus Mencintaimu Wanns Ahmad"

Malas?
Fine lah aku bagi kat sini korang just tinggal tengok aje.
Aduh, susah betul.






Dah dengar? Sedap kan weh!!! Hahahah!
Rupanya lagu ni pun ada dalam cerita Hilangnya Kasih lakonan Janna Nick dan Fezrul Khan.

Cuma time tu aku tak perasan.
So, here!
Nanti bila aku rasa nak taip aku review pula cerita Lambaian Ramadhan tu okay.
Gerak dulu.

Assalamualaikum!
Wednesday, 15 June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Assalamualaikum


Photobucket



Item yang dipilih:

 1.

Product:  European Style 4-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 16/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

2.


ProductBlack and white Stripe V Shape Long Blouse
JLM2016 Sales price: RM11.50
Date: 20/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 140 units only

3.


ProductKorean Style Long Blouse
JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 23/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only

4.


ProductStylish N Design Shoes 
JLM2016 Sales price: RM16.00
Date: 23/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 480 units only

5.


ProductWaterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only


Sunday, 12 June 2016

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

Assalamuualaikum!

Meh join giveaway ni!


Photobucket


CLICK TO JOIN UOLS!

Search